Rabu, Oktober 03, 2018

BAGAIMANA UNTUK KITA HIDUP LEBIH LESTARI?


Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi
lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam
semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain,
kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang
lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan
komponen alam sekitar tetapi juga komponen
politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia
pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan,
penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konfl ik
yang mempunyai kepentingan persekitaran.
 
Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada
hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai
harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan
datang. Berjuta-juta manusia di bandar besar hidup
tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang
tidak bersih, tanpa air minum dan sistem pelupusan
sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar
bandar pula, ada orang-orang kampung di negara-
negara sedang membangun yang kehidupan mereka
terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang
bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti
minyak, berlian dan balak.
 
Konfl ik di negara sedang membangun mengenai sumber
asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam
sekitar yang sangat ketara. Keuntungan yang didapati
hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadang-
kadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit
dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan
masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar.
Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif
untuk menangani masalah global alam sekitar di
kedua-dua negara sudah membangun dan sedang
membangun dengan memberi penekanan kepada
penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu
alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara
mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk
miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan
dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang
lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial
dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam
sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebihan
mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.
 
Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan
lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, Afrika
Selatan memberi satu pandangan yang optimistik
terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di
atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus
berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran
untuk semua golongan manusia di dunia. Semua
orang di dunia berhak menikmati pembanguan lestari
tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua
atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur atau
di Barat dan di Utara atau Selatan. Persidangan
itu juga bertujuan memperteguhkan usaha-usaha
pembangunan secara lestari dengan meminimumkan
pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar
secara tempatan, wilayah atau global akibat daripada
penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan,
perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air
dan udara. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk
membangun dan menyokong persetujuan-persetujuan
antarabangsa untuk mengawal pemanasan global dan
bahan cemar.
 
Selepas melihat isu dan masalah yang dihadapi
serta memahami usaha-usaha yang dijalankan untuk
mencapai pembangunan lestari di peringkat dunia,
apakah yang boleh anda lakukan sebagai seorang
pelajar dan pemimpin masa hadapan? Sanggupkah
anda melihat alam sekitar terus diterokai tanpa
batasan dan sempadan? Tahukah anda jika
alam sekitar musnah kita turut akan musnah
bersama-samanya. Oleh itu kita mesti belajar dan
mengamalkan cara hidup lestari. Bertindaklah secara
lokal dan berfi kir secara global. Paling kurang yang
boleh kita lakukan untuk hidup lebih lestari adalah
dengan lebih celik alam sekitar, belajar daripada
alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar.

Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi
lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam
semulajadi, hidup dengan lebih sederhana
dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam
membangunkan alam sekitar. Dengan kata lain,
kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hidup yang
lebih lestari pada hari ini bukan saja melibatkan
komponen alam sekitar tetapi juga komponen
politik dan ekonomi. Kebanyakan masalah dunia
pada masa kini adalah akibat dari kemiskinan,
penduduk yang terlalu ramai, penyakit dan konfl ik
yang mempunyai kepentingan persekitaran.
 
Lebih dari satu billion manusia di muka bumi pada
hari ini hidup dalam kemiskinan dan mempunyai
harapan yang tipis untuk menghadapi hari akan
datang. Berjuta-juta manusia di bandar besar hidup
tersisih di kawasan yang sesak, persekitaran yang
tidak bersih, tanpa air minum dan sistem pelupusan
sisa pepejal yang tidak selamat. Sementara di luar
bandar pula, ada orang-orang kampung di negara-
negara sedang membangun yang kehidupan mereka
terkacau ganggu akibat dari konfl ik bersenjata yang
bertujuan untuk mengawal sumber berharga seperti
minyak, berlian dan balak.
 
Konfl ik di negara sedang membangun mengenai sumber
asli melimpah ruah membawa kepada kerosakan alam
sekitar yang sangat ketara. Keuntungan yang didapati
hasil daripada aktiviti eksploitasi hasil bumi ini kadang-
kadang dinikmati hanya oleh segolongan penduduk elit
dan ini membebankan kebanyakan penduduk dengan
masalah sosial dan penurunan kualiti alam sekitar. 
 
Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif
untuk menangani masalah global alam sekitar di
kedua-dua negara sudah membangun dan sedang
membangun dengan memberi penekanan kepada
penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu
alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara
mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk
miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan
dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang
lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial
dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam
sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebihan
mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.
Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan
lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, Afrika

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4