Ahad, Oktober 20, 2019

PAPAGEO; MEMEHAMI KEMEROSOTAN KUALITI AIR DAN FAKTORNYA

Kemerosotan Kualiti Sumber Air 

Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. 
 Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti 
kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD),
 kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli), 
kandungan ammoniakal nitrogen,
 kandungan pepejal terampai(SS), 
nilai keasidan (pH) 
di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.

 Kemerosotan Kualiti Sumber Air faktor-faktor Kemerosotan kualiti air 
1. Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. air tercemar apabila partikel tanah terhakis di bawah ke dalam sistem saliran. 
 2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia. 
 3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai. 
4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang. 5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.
 6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki. 
 7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.
 8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik. 
9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.

TNTI;PEMBANDARAN

TNTI;MEMAHAMI SEKTOR PERHUTANAN

TNTI;MEMAHAMI LEMBANGAN SALIRAN SUNGAI

TNTI:MEMAHAMI INTERAKSI ANTARA SPESIES

TNTI:MEMAHAMI INTERAKSI TUMBUHAN

TNTI;MEMAHAMI KOMPONEM EKOSISTEM

TNTI;MEMAHAMI EKOLOGI TUMBUHAN

TNTI;MEMAHAMI KOMUNITI

TNTI;MEMAHAMI EKOLOGI DAN EKOSISTEM

TNTI;MEMAHAMI KITAR NUTRIUN 2

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4