Ahad, Oktober 07, 2018

452 gunung berapi di Lingkaran Api

Indonesia dilanda beberapa gempa bumi kuat, termasuk sekuat 9.1 pada skala Richter, dan letusan gunung berapi sejak 2004. Ini kerana negara kepulauan luas itu terletak dalam kawasan yang digelar Lingkaran Api Pasifik. Apakah Lingkaran Api Pasifik?

452 gunung berapi di Lingkaran Api

 

 

 

 

 PUNCA GEMPA BUMI: Di kawasan Lingkaran Api terdapat sempadan plat-plat tektonik Bumi, iaitu tempat plat tektonik bertemu. Apabila plat tektonik tergesel, bahagian yang tergesel tersangkut pada satu sama lain. Tekanan terbina di kawasan tersangkut itu kerana bahagian lain terus bergerak. Tekanan itu akhirnya menyebabkan batuan di bahagian tersangkut pecah atau tergelincir, membuat plat terbabit terentap dengan kuat hingga mencetuskan gempa bumi.

 

LINGKARAN Api ialah rentetan gunung berapi dan tapak kegiatan seismik, atau gempa bumi, di sekitar tepi Lautan Pasifik.
Kira-kira 90 peratus daripada semua gempa terjadi di sepanjang Lingkaran Api, dan lingkaran ini dipenuhi dengan 75 peratus daripada semua gunung berapi aktif di Bumi.


 

 

 

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4