Rabu, Oktober 10, 2018

TNTI:MEMAHAMI PLAT TEKTONIK

.1 Pergerakan Plat Tektonik
 Plat tektonik utama
 1. Plat Amerika Utara
2. Plat Amerika Selatan
3. Plat Afrika
 4. Plat Eurasia
5. Plat Indo-Australia

 PERGERAKAN KESAN Plat-plat ke arah yang sama Sempadan pertembungan Plat-plat ke arah bertentangan Sempadan pencapahan/pemisahan

 PERTEMBUNGAN ANTARA PLAT BENUA DENGAN PLAT LAUTAN



·        Plat lautan menjunam ke bawah plat benua kerana plat lautan lebih tumpat
·        Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam
·        Misalnya pertembungan Plat Pasifik dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia

PERTEMBUNGAN ANTARA PLAT BENUA DENGAN PLAT BENUA
·        Batuan termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda
·        Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini
·        Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat
·        Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan
PERTEMBUNGAN PLAT LAUTAN DENGAN PLAT LAUTAN

·        Salah satu plat akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam
·        Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas
·        Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi
·        Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut
·        Gunung-gunung berapi di dalam laut kian menjadi tinggi akibat aktiviti tektonik
·        Seterusnya, gunung berapi di dalam laut akan muncul di permukaan laut
·        Terbentuklah rangkaian gunung berapi atau arka pulau seperti rangkaian Kepulauan Hawaii, Kepulauan Kuril dan Kepulauan Ryukyu

PERGERAKAN PLAT SECARA PENCAPAHAN/PEMISAHAN
·        Berlaku apabila dua plat tektonik bergerak ke arah yang berlawanan
·        Sempadan antara kedua-dua plat berkenaan disebut sempadan pencapahan
·        Plat berkenaan bergerak semakin jauh antara satu sama lain
·        Magma panas dari mantel mengalir ke dasar lautan untuk memenuhi ruang antara plat-plat tersebut
·        Magma panas yang mengalir ke dasar lautan menyejuk dan membeku
·        Bahan-bahan yang menyejuk ini akan merenggangkan lagi kedua-dua sempadan plat
·        Dengan cara ini terbentuklah permatang tengah lautan seperti Permatang Tengah Lautan Atlantik
·        Proses ini dikenali dengan nama perebakan dasar lautan
PERGERAKAN PLAT TEKTONIK SECARA PERTEMBUNGAN
       Lipatan
·        Terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua plat
·        Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda
·        Sekiranya tindakan mampatan terhadap sesuatu benda itu berbeza dari semua arah, mampatan tersebut dikenali dengan nama mampatan pembezaan
·        Batuan mengalami beberapa peringkat perubahan yang dapat menghasilkan pelbagai jenis lipatan
    Gempa Bumi
·        Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi.
·        Gegaran berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembung dan tergelincir
·        Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi
·        Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas dengan tiba-tiba
·        Ini menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa bumi



Pergerakan plat tektonik secara pencapahan/pemisahan
        Gelinciran atau sesaran
·        Gelinciran atau sesaran ialah retakan dan rekahan di dalam kerak bumi yang melibatkan anjakan lapisan batuan secara mendatar atau menegak
·        Apabila berlaku tegangan atau mampatan, lapisan-lapisan batuan akan beranjak
·        Proses perubahan atau anjakan ini disebut gelinciran
·        Anjakan di sepanjang garisan gelinciran berlaku ke atas, ke bawah atau secara menyerong
·        Gelinciran berlaku hanya beberapa meter atau kilometer
            Hanyutan benua
·        Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa benua-benua yang ada sekarang berasal daripada sebuah benua yang besar.
·        Perubahan yang berlaku akibat hanyutan benua
·        Kira-kira 200 juta tahun dahulu terdapat benua terbesar yang diberi nama pangue
·        Lima belas juta tahun kemudian benua luas ini mulai retak dan pecah
·        Akhirnya 50 juta tahun, plat-plat ini membentuk benua di bahagian utara (Laurasia) dan bahagian selatan (Gondwanaland)
·        Bahagian utara terdiri daripada Amerika Utara, Eropah dan ASIA
·        Bahagian selatan terdiri daripada Amerika Selatan, Afrika dan Australia
·        Kira-kira 70 juta tahun kemudian, benua-benua mulai menduduki secara kasar kawasan yang ada sekarang
·        65 juta tahun selepas itu, barulah wujud kedudukan benua seperti yang terdapat pada masa kini

Pergerakan plat tektonik secara pertembungan
Dua daripada fenomena tektonik yang dihasilkan ialah:
  •     Lipatan
  •   Gempa bumi


Lipatan
·        Lipatan terjadi akibat mampatan yang dihasilkan oleh pertembungan dua plat
·        Mampatan ialah daya yang bertindak terhadap sesuatu benda
·        Sekiranya tindakan mampatan terhadap sesuatu benda itu berbeza dari semua arah, mampatan tersebut dikenali dengan nama mampatan pembezaan
·        Batuan mengalami beberapa peringkat perubahan yang dapat menghasilkan pelbagai jenis lipatan

a)      Lipatan lampau
b)      Lipatan simetri
c)      Lipatan rebah
d)      Lipatan asimetri

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4