Sabtu, Oktober 13, 2018

TNTI:PENINGKATAN ARAS LAUTAN AKAN MELAMBATKAN PUTARAN BUMI

 

 

Pemanasan global  menyebabkan glasier cair pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang seterusnya menyebabkan paras lautan meningkat di seluruh dunia. Kini ahli-ahli sains telah mengesahkan satu lagi kesan buruk proses ini: Ia menyebabkan putaran planet semakin perlahan, menurut satu kajian baru diterbitkan dalam Science Advances (http://advances.sciencemag.org/content/1/11/e1500679 -  * abstrak seperti di penghujung artikel ini)

Kelajuan putaran Bumi dipengaruhi oleh beberapa perkara, seperti tingkah laku  berubah2 teras lebur planet, dan  kuasa yang dipanggil pecutan pasang surut, yang disebabkan oleh  graviti diantara bumi dan bulan.  Jisim air di dunia yang berubah2 daripada  beku seperti ais menjadi air yang mengalir dalam laut juga memberi kesan yang boleh diukur.

Oleh kerana pemanasan global akibat aktiviti  manusia telah membawa kepada kadar  peningkatan kenaikan paras air laut yang ketara, terutama sejak abad yang lalu, maka kelajuan putaran Bumi juga seharusnya berubah kerana hubungkait ini. Sekurang-kurangnya, ini adalah andaiannya. Tetapi data pemerhatian untuk mengesahkan korelasi ini terhad - sehingga laporan ini. 


Dengan menggunakan gabungan pengiraan dan pemodelan komputer, sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Jerry Mitrovica daripasa Universiti Harvard  berjaya  mengesahkan kesan ini. Ternyata   putaran bumi  semakin  perlahan sebanyak 16,000 saat, atau kira-kira 4.5 jam, sejak 500 SM. Menurut pasukan Mitrovica, 6,000 saat ini khusus akibat perubahan paras laut.

Sebahagian besar perubahan paras air laut dalam tempoh masa ini telah disebabkan oleh proses semulajadi pengurangan glasier sejak zaman ais terakhir, tetapi pasukan  ini membetulkan kesalahan perhitungan sebelumnya tentang korelasi antara perubahan paras laut dengan  putaran Bumi dengan memasukkan faktor jumlah yang dikemaskini  perubahan paras  laut pada abad ke20, antara lainnya.

Oleh itu boleh dijangka bahawa apabila paras laut terus meningkat, putaran bumi akan terus perlahan. Walaupun kesan ini hanya melibatkan beberapa saat setiap tahun, yang tidak dapat dirasakan, ia   menunjukkan betapa perubahan iklim moden mampu mengganggu planet kita.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4