Jumaat, November 09, 2018

TNTI: kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan manusia

  kesan gempa bumi terhadap alam sekitar fizikal dan manusia

Kesan kepada alam sekitar fizikal
1. Kerjadian tsunami
Akibat gempa bumi yang terjadi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak kuat. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan yang cetek. Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang di perairan cetek akan meninggikan ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa. Contohnya gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman, pada 26 Disember 2004, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah meragut ribuan nyawa dan menusnahkan banyak kampung di sepanjang pantai Sumatra,Thailand, Bangladesh, Malaysia dan India.

2. Pergerakan jisim
Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi- menyebabkan ketidakstabilan tanah terutamanya di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti tanah runtuh.

3. Kenaikan dan kejatuhan aras laut
Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan berhampiran pinggir laut maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat.

4. Memusnahkan hutan pinggir pantai
Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan menyebabkan air masuk ke dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut.

5. Memusnahkan ekosistem laut
Ombak yang kuat hasil kejadian tsunami boleh memusnahkan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan hidupan laut musnah.

Kesan kepada manusia
1 Kemusnahan harta benda
Gegaran akibat kejadian gempa bumi berupaya untuk meruntuhkan bangunan, memusnahkan kenderaan dan harta benda manusia. Kejadian tsunami akibat gempa bumi akan menenggelamkan kawasan petempatan penduduk dan sekaligus memusnalikan harta benda penduduk.

2. Kehilangan nyawa
Runtuhan bangunan dan tanah runtuh akibat gegaran gempa bumi akan menyebabkan kehilangan nyawa. Tsunami yang melanda pantai di samping memusnahkan tempat kediaman manusia, ianya turut meragut nyawa manusia.

3. Trauma/ fobia
Manusia yang pernah mengalami kesan akibat gempa bumi dan tsunami biasanya menghadapi kesan psikologi yang hebat. Kebanyakan daripada mereka takut melihat laut dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut.
Kesan kepada aktiviti manusia

1. Kesan kepada sistem pengangkutan
Gegaran akibat gempa burni menyebabkan berlakunya kerosakan kepada jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang. Kesan daripada kerosakan tersebut menyebabkan sistem pengangkutan darat dan udara tergendala.

2. Kesan kepada aktiviti pertanian
Gegaran akibat gempa burni menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan cerun. Tanah runtuh menyebabkan kegiatan pertanian di kawasan cerun terganggu dan musnah. Kejadian tsunami akibat gempa bumi dasar laut menyebabkan air laut masuk ke kawasan pertanian berhampiran pinggir pantai. Apabila air masin memasuki kawasan pertanian, tanaman yang ditanam akan mati dan musnah.

3. Kesan kepada aktiviti perikanan
Gempa bumi yang berlaku di dasar laut akan membentuk gelombang besar ( tsunami) yang berbahaya kepada kergiatan perikanan pinggir pantai. Tsunami turut memusnahkan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan ikan dan hidupan laut terganggu. Kesannya dalam jangka masa panjang hidupan laut berkurangan.

4. Kesan kepada sistem bekalan air dan elektrik dan perhubungan Gegaran yang terhasil akibat gempa bumi akan menyebabkan tiang elektrik dan telefon tumbang. Gegaran jugs menyebabkan saluran paip air pecah kesannya kemudahan asas tersebut akan terganggu dalam tempoh yang tertentu.

5. Kesan kepada kegiatan pelancongan
Gempa bumi boleh merosakan kawasan-kawasan pelancongan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan- boleh menjejaskan aktiviti pelancongan.

6. Kesan kepada kegiatan perlombongan
Gempa bumi boleh memusnahkan kawasan-kawasan perlombongan, pelantar-pelantar minyak di kawasan laut – menjejaskan aktiviti perlombongan.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4