"Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Kita semdiri pun tak tahu sebelum ni. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita cuba belajar sikit mengenai Nadir Bumi.
Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.
Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.
Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear
Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik
Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.
Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.
Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.
Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.
Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.
PENGGUNA TERBESAR RARE BUMI
China menggunakan hampir 51% daripada keperluan nadir bumi, sementara itu jepun pula 17%. Selebihnya dari dari US dan eropah.
BIGGEST PRODUCERS
China adalah pengeluar terbesar pepejal nadir bumi ini. China mengeluarkan 120,000 tan pada 2008. Molycorp di California (US) mengeluarkan 3,000 tan setahun ,manakala Silmet Rare Metals di Estonia Mengeluarkan 2,400 tan setahun. Selebihnya pepejal nadir bumi ini jega dikeluarkan di India,Malaysia dan Brazil.
PERMINTAAN TINGGI
Permintaan tinggi terhadap dysprosium, terbium, neodymium, praseodymium dan europium adalah penyebab utama kepada peningkatan pengeluaran sehingga 8% setahun.
ANTARA LOMBONG PEPEJAL NADIR BUMI SELAIN DI CHINA
Great Western Minerals, Steenkampskraal, South Africa
Avalon Rare Metals, Nechalacho, Canada
Molycorp, Mountain Pass, U.S.
Lynas Corp, Mount Weld, Australia
Arafura Resources, Nolans, Austra