Ahad, Oktober 14, 2018

TNTI:MEMAHAMI KONSEP KEBUN [ FARM] DI BANDAR-BANDAR BESAR DILUAR NEGARA

Kawasan bandar-bandar besar seperti Bandaraya Kuala Lumpur sudah tentu tiada tanah lapang atau tanah kosong untuk diterokai dengan tanaman untuk tujuan makanan. Kalau adapun hanya sedikit kawasan diperuntukan untuk kawasan rekreasi  yang terdapat tasik , pokok-pokok bunga, pokok pelindung daripada panas terik, laluan berjalan kaki dan tempat-tempat istirehat seperti Tanam Tasik  Titiwangsa dan seperti Tanam di Bandar Baru Putra Jaya.  Ianya hanyalah bertujuan untuk penduduk kota beristirehat, berjoging dan menikmati sausana nyaman  di bandar- bandar besar. 

Adalah lebih baik lagi kalau konsep ini dipanjangkan lagi, bagi menghasilkan bahan makanan untuk penduduk kota. Penduduk kota dapat menikmati sayuran segar dari dalam bandar sendiri di samping sebagai kawasan rehat biasa yang tidak menguntungkan. Maksud saya dari segi mempercukupkan keperluan makanan segar penduduk bandar .  

Pokok-pokok sayur-sayuran yang menghijau
Satu konsep " Farm " di bandar-bandar  besar di Amerika Syarikat adalah mengwujudkan kebun di bumbung-bumbung bangunan besar dan tinggi sepertimana di Brooklyn Grange di New York City. Di atas bumbung bangunan gudang enam tingkat dengan keluasan hampir  satu ekar ( 40,000 kp ) dipercayai menjadi kebun terbesar di atas bumbung seumpananya di dunia. Pada tahun  2010 petani di sini dapat menghasilkan hasil organik  termasuk 40 jenis / variati tomato berjus, cili,  salad, kekacang dan segala macam sayuran berakar yang lazat seperti bit, lobak merah dan radishes dan pelbagai herba.
Penggunaan tanah organik dan racun serangga yang berskala rendah dan amat sedikit , lebih menitikberatkan kaedah bio-sistem bermakna bahawa semua yang dihasilkan oleh Brooklyn Grange mampan dan baik untuk  penduduk kota New York.  Kebun  ini  mempunyai musim menanam selama sembilan bulan kebiasaannya, dan semasa musim sejuk, mereka menggunakan penutup tanaman seperti  tirai yang canggih,  yang membolehkan  pengeluaran hasil penaman sepanjang tahun
Di negara kita, biasa kita dengar ketika Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid di zaman Tun Mahadir menjadi Perdana Menteri, ada mempelopori tanaman padi di atas bumbung bangunan di Alor Setar, Kedah.  Konsep ini berjalan hanya seketika kerana menjadi guruan orang ramai dan  tidak diteruskan lagi.  Saya berpendapat  konsep ini perlu diteruskan dengan ada beberapa penambahbaikan dari segi tempat dan teknik. Adalah lebih sesuai konsep kebun atas bumbung dijalankan di Kuala Lumpur  kerana kos tanah amat tinggi. Langkah menjimatkan kos perlu di kaji dan diteliti untuk menghasilkan sayur-sayuran untuk warga kota dengan lebih cepat,  segar dan berkualiti. Ini sudah tentu dapat menjimatkan serta kos akan lebih rendah kerana ianya berdekatan dengan pengguna yang ramai.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4