Ahad, Oktober 14, 2018

TNTI:MEMAHAMI ANGIN SURIA DAN KESANYA KEATAS BUMI

ANGIN SURIA DAN KESANYA KEATAS BUMI
BERKELAJUAN 400 kilometer sesaat, iaitu 1,174 kali ganda lebih pantas daripada gelombang bunyi, letusan hawa matahari hanya memerlukan tempoh 19 jam untuk menembusi atmosfera bumi.
Fenomena yang turut dikenali sebagai ribut suria atau ribut geomagnetik itu, berlaku dalam kitaran tertentu, iaitu sekitar sembilan tahun hingga 14 tahun. Terbaru, adalah pada 23 Jun lalu yang menyaksikan langit diwarnai pelbagai rona di kutub utara dan beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat (AS) dan England.
Observatori Negara yang berpangkalan di Langkawi, Kedah antara lain melaporkan fenomena susulan dikenali sebagai Aurora itu dapat dilihat secara jelas di Pennsylvania, Iowa dan Oregon, di AS.
Ribut geomagnetik yang berlaku jam 2.33 pagi pada Selasa lalu, berpunca daripada semburan tenaga dan partikel dihasilkan siri letusan pada permukaan matahari, iaitu suar dan penyemburan jisim korona (CME).
Suar sinar-X yang terpancar daripada permukaan matahari ke ruang angkasa akibat tindak balas solar berupaya mencetuskan pelbagai masalah kesihatan, khususnya kanser kulit jika manusia terdedah kepadanya dalam tempoh lama.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagaimanapun, mengesahkan Malaysia tidak menerima kesan langsung daripada fenomena berkenaan kerana ia terletak di garisan Khatulistiwa yang mempunyai lapisan magnet tebal.
Fenomena itu memberi kesan ketara kepada negara di kutub utara atau latitud tinggi melebihi 35 darjah, termasuk Russia dan Eropah, yang menjadi laluan medan magnet bumi.
Laporan Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NWS) daripada Pentadbiran Hidupan Laut dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), mendapati ribut geomagnetik berukuran G4, iaitu pada skala kuat mencetuskan gangguan beberapa sistem di bumi.
Antara terjejas teruk adalah gelombang radio, sistem satelit, pandu arah penerbangan dan operasi kapal angkasa yang mengalami perubahan orientasi, sekali gus memberi petunjuk tidak tepat.

fenomena angin suria


Apakah itu angin suria? Angin suria ini adalah merupakan salah satu fenomena pergerakan zarah2 bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari. Ini berlaku dimana dibahagian luar atmosfera suria yang tidak mempunyai sempadan tetap dan telah mengakibatkan korona akan sentiasa berkembang oleh kerana suhu jirim korona yang tinggi. Fluks jirim korona yang mempunyai zarah2 yang terdiri daripada elektron, proton dan juga zarah alfa akan berlaku secara berterusan menjauhi matahari pada kelajuan yang sangat tinggi iaitu 250 batu (400 km) sesaat.
Lakaran tentang fenomena angin suria.
Eugene Parker pada 1958 telah menemui fenomena ini dan beliau mendapati terdapat angin yang tidak berhenti bertiup dari matahari dan mengisi ruang angkasa bersama gas plasma. Komposisi angin suria adalah terdiri daripada hidrogen, nitrogen dan juga benda asing. Medan magnet bumi pula akan membalikkan semula sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Fenomena ini turut memberi kemungkinan satelit atau stesen angkasa akan mengalami pergeseran dengan angin suria yang akan menyebabkan ia akan terkeluar dari landasannya

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4