Ahad, Ogos 08, 2010

KAJIAN EKOSISTEM PAYA NIPAH 2009

KAJIAN LUAR/TINDAKAN
GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
STPM (942/1)
2009
LOKASI KAJIAN
: (SETIU WETLAND),
GONG BATU
PERMAISURI,SETIU,
TERENGGANU

TARIKH
:
9/OGOS 2009

GURU PEMBIMBING
:TUAN NORMADI TUAN ISMAIL

KETERLIBATAN
SEMUA PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS
PRA-U SMK TENGKU IBRAHIM,SETIU,TERENGGANU
:

:
6 ATAS GEOGRAFI
Tarikh hantar
:
6 SEPTEMBER 2009











SENARAI KANDUNGAN

Perkara

HALAMAN

Pendahuluan
1 Penghargaan
2 Kawasan kajian
3 Sebab pemilihan
4 Tempoh kaji an
5 Objektif kajian
6 Kaedah kajian
Pemerha tian
Temu bual
8 Ruju kan
9 Dapatan kajian
Kompon en biotik & abiotik
10 Rantaian makana n
13 ke penti ngan ekosistem bakau
14 memeliha ra & memulihar a
19 Rumusan
22 Cadangan
23 Lampiran
24 Rujukan















PENDAHULUAN
(Setiu Wetland) merujuk kepada suatu kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama yang hidup di kawasan ini ialah Hutan Paya yang terdiri dari bakau ,nipah dan gelam.
(Setiu Wetland) boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan.
Kawasan ini merupakan sebahagian daripada hutan pantai tropika. Ianya terdiri dengan tumbuhan yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya.
Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh
dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah
itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha),
Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini
adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat
penting kepada manusia.
Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang
paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini
disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan
yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan
pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan
yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi
habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber
pendapatan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di
dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air
yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun,
terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah
mencemar kawasan sekeliling.


Selain itu kawasan Wetland ini yang mengandungi paya bakau atau nipah juga sering diancam oleh aktiviti
pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam
dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu
bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang.
Hutan paya di Setiu Wetland merupakan salah satu daripada ekosistem hutan
basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya,nipah, tanah gambut atau
perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau
sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir, tawar,
agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang kedalamannya
tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. (Setiu Wetland) ini mempunyai
vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis tumbuhan yang selalu berdaun





Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan
pada masa yang ditetapkan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan moral yang tidak terhingga serta bantuan kewangan dalam kajian yang kami jalankan ini.Tidak lupa juga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim,Setiu (Tuan haji Abdullah bin Mohd Nor)yang telah membenarkan saya menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Selain itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru PRA-U SMK Tengku Ibrahim yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutamanya kepada cikgu kesayangan ramai YM Tuan Normadi Tuan Ismail yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan folio ini kepada saya merangkap guru penyelaras projek STPM kajian luar geografi 1.
Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang tidak jemu-jemu menolong saya dalam menyiapkan kertas kerja geografi 1 ini. saya juga ingin mengucapkan syabas kepada diri saya sendiri kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan sempurna.
Tugasan yang diberikan ini telah saya jalankan secara individu
dalam kumpulan yang sistematik .
Kawasan kajian luar yang saya jalankan tentang ekosistem bakau dan nipah ialah
bertempat di Tanah lembab Setiu,(Setiu Wetland) Terengganu. Ini merupakan kawasan tarikan pengkaji terkenal dari Malaysia dan juga luar negara . Ini kerana ia merupakan tanah paling lembap di benua Asia. Ia terletak dalam DUN Permaisuri,Daerah Setiu, Terengganu , Malaysia.
. Tanah lembap (wetland) Setiu ini (Ref:1289) yang dipilih pada 31 Januari 2003 adalah Taman Negeri yang mengandungi pantai bakau,nipah dan gelam serta intertidal mudflats. Sebuah mercu tanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terlembab Benua Asia' yang dibina pada tahun 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini
dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Warna kelabu pada mecu tanda Setiu Wetland ini
menggambarkan kekayaan Tanah lembab dengan isi khazanahnya dan dataran lumpurnya.


Menurut Wetlands International, di Semenanjung Malaysia terdapat 2.7%
tanah lembab (7733ha) dan Setiu mempunyai 14.7% daripada keseluruhan jumlah
tanah lembab di Malaysia. Tanah lembab Setiu meliputi kawasan bakau seluas 526
hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Mudflats adalah tanah lembut
dan berlumpur. Ia mengandungi kandungan garam yang tinggi dan kadar
oksigen yang rendah (anaerobic). Walaubagaimanapun, ini dipengaruhi oleh
keadaan yang panas dan kering.

Kuala Setiu dinamakan sempena Muara Sungai Setiu yang menjadi nadi kepada kehidupan sebahagian besar(khas) penduduk sekitarnya dan keseluruhan penduduk Setiu
. Peta dunia dan Malaysia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terlembab Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat

Bakau dan nipah yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau (MFR) di Terengganu adalah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Bakau yang digazetkan
sebagai Taman Negeri oleh WWF dan tapak RAMSAR oleh Kerajaan Negeri Terengganu
diuruskan oleh World Wildlife Wederation (WWF).
Ia membentuk satu-satunya koridor paya bakau nipah yang menyambungkan
Bukit Keluang-Dendong di Besut sehingga ke Kuala Baru di Pantai Penarik. Terdapapt beberapa buah sungai merentasi Tanah terlembab ini.Sebelum menjadi WETLAND, ia
adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Permaisuri di bawah Jabatan
Perhutanan Negeri. Terengganu ditubuhkan di bawah Akta TNPC 1989 untuk menguruskan taman-taman Negara/Negeri di Terengganu. Setiu wetland telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Taman Penyelidikan pada tahun 1997. Kaji selidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negeri Terengganu pada 12 Februari 2004.

SEBAB PEMILIHAN
Saya memilih kawasan kajian di Tanah Terlembab Setiu,Terengganu sebagai kajian ekosistem bakau dan nipah adalah untuk mengenalpasti komponen-komponen biotik dan abiotik yang
terdapat di kawasan tersebut.
Selain itu,sebab pemilihan ini dibuat ialah bertujuan untuk menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang wujud dalam kawasan paya bakau dan nipah di Setiu Wetland.
Sebab pemilihan dibuat juga adalah untuk mengenalpasti
kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan alam
sekitar manusia.
Akhir sekali adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha
memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem di kawasan
kajian.





TEMPOH KAJIAN
Tempoh kajian yang telah saya ambil bagi membuat kajian tentang ekosistem bakau dan nipah di Setiu Wetland, Permaisuri, Terengganu adalah
selama 1 hari di lapangan dan sebulan di siber cafe dan perpustakaan daerah dan negeri , bermula pada 6 April 2009 –jam 7.00 pagi sehingga 7.00 pagi 7 April 2009 . Sejurus sampai di tapak kajian dan mendengar sedikit taklimat saya mula menjalankan kajian di hutan Setiu Wetland besama-sama pelajar yang lain dan diiringi oleh beberapa orang guru subjek geografi sekolah kami.



OBJEKTIF KAJIAN

>Mengenalpasti komponen-komponen biotic dan abiotik yang
terdapat di kawasan kajian.
>Menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang
wujud di kawasan kajian.
>Mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
>Mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara
keseimbangan ekosistem kawasan kajian.
KAEDAH KAJIAN
I) Pemerhatian
Tanah Lembab Setiu terkenal dengan hasil hutan dan hidupannya dan
juga mempunyai hutan paya bakau serta nipah yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini,saya dapat melihat puncak bangunan DTC Kampus UDM yang didalam pembinaan berdekatan dengan Setiu Wetland ini. Saya menggunakan kaedah pemerhatian dalam membuat kajian tentang ekosistem bakau dan nipah di Setiu Wetland .Berdasarkan pemerhatian yang telah
Saya jalankan,terdapat pelbagai spesis tumbuhan bakau seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata), Bakau tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Putih / Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tengar (Ceriops tagal). Selain itu, terdapat juga habitat lain seperti Ketam Rebab(Fiddler Crabs), Belangkas(Coastal), Kunang-kunang(Fire Fly) dan terdapat juga haiwan liar seperti kera(Long-talied Macaque), lotong cikong(Dusky Leaf Monkey), babi hutan(Sus Scrofa) dan sebagainya.


Dataran lumpur ini walau bagaimanapun adalah luas,
terutama di bahagian selatan Setiu Wetland. Lima spesis burung air
besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan dimudflats ini. Paya bakau di Setiu Wetland telah dipulihara sebelum ini
untuk melindungi kawasan pantai, kerana kawasan-kawasan
pedalaman berhampiran adalah tanah-tanah ladang yang
digunakan untuk bercucuk tanam.
Batas-batasan dibina di sepanjang timur dan barat pantai
Setiu Wetland untuk melindungi tanah Pertanian dari dibanjiri oleh air
masin. Kehadiran ombak telah menghakis pantai Setiu Wetland di mana
tepian pantai bakau berkurangan kepada 50 meter di beberapa
bahagian. Setiu Wetland adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesis tumbuhan bakau sebenar, dan juga kepada 9 lagi spesis bakau berkaitan, yang menunjukkan kadar kepelbagaian spesis yang tinggi.


II) Temu bual

Saya telah menemu bual seorang petugas (WWF) di Setiu Wetland yang menyatakan terdapat kehidupan flora dan fauna yang saling bergantungan antara satu sama lain. Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biota tanah hutan paya bakau yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya. Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau dan nipah yang tidak terlalu mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem hutan paya bakau, ianya adalah fungi.
Saya juga diberitahu tentang kewujudan hutan paya bakau dan nipah yang berperanan sebagai benteng pemecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak daripada laut yang sering memukul pantai serta tiupan angin kencang dan menghalang hakisan tanah telah membantu menyelamatkan beberapa rumah kediaman dan bot-bot nelayan yang ditambat di alur sungai yang dilindungi oleh hutan paya bakau dan nipah
daripada menerima kerosakan yang lebih teruk.
Berdasarkan temu bual yang dibuat, saya dimaklumkan
bahawa Hutan bakau dan nipah dapat menstabilkan kawasan pantai dan
bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
Menurut petugas WWF tersebut Paya Bakau dan nipah menjadi
tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yang
mempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin
dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya
adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah
mencari makan dan bersarang.

Dapatan kajian
Biotik & Abiotik
Berdasarkan dapatan kajian yang saya perolehi di Setiu Wetland ialah komponen-komponen biotik dan abiotik. Komponen biotik merupakan komponen benda hidup yang bernafas dan menjalankan aktiviti kelangsungan hidup. Benda hidup terdiri daripada hidupan di bumi seperti manusia, haiwan, dan tumbuh- tumbuhan. Komponen biotik yang terdapat di kawasan kajian terdiri daripada flora dan fauna yang saling berinteraksi antara satu sama
lain. Interaksi ini berlaku sama ada antara tumbuhan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan haiwan, atau haiwan dengan haiwan.Interaksi tersebut biasanya berlaku melalui hubungan makanan (rantaian makanan) dalam suatu komuniti yang terdiri daripada populasi haiwan dan tumbuhan yang tinggal bersama dalam suatu habitat dan saling berinteraksi.
Contoh komponen biotik dalam ekosistem hutan paya bakau dan nipah
ialah pokok bakau minyak, ia juga disebut dengan nama bakau
tandok, bakau akik, bakau kacang dan lain-lain. Memiliki nama
ilmiah Rhizophora apiculata (atau sering pula disebut R. conjugata
L.). Tandanya, dengan warna kemerahan pada tangkai daun dan sisi
bawah daun. Bunga biasanya berkelompok dua-dua, dengan daun
mahkota gundul dan kekuningan. Buah kecil, coklat, panjangnya 2 –
3,5 cm. Hipokotil dengan warna kemerahan atau jingga, dan merah
pada leher kotiledon bila sudah matang. Panjang hipokotil sekitar
18 – 38 cm. Selain itu. Pokok Berus adalah sejenis tumbuhan yang
terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di
negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Bruguiera cylindrical. Pokok Bakau Asli daunnya boleh mencegah penyakit bisul selama setahun .

KOMPONEN ABIOTIK MERUPAKAN KOMPONEN BENDA BUKAN HIDUP YANG MUDAH
DIDAPATI DIPERSEKITARAN FIZIKAL SEPERTI TANIH, MINERAL, AIR, DAN UDARA. KOMPONEN
ABIOTIK AMAT PENTING KEPADA EKOSISTEM BAKAU KERANA MENJADI HABITAT KEPADA
KOMPONEN BIOTIK. ANTARA KOMPONEN ABIOTIK ADALAH TENAGA MATAHARI. TENAGA
MATAHARI BERPERANAN MEMBEKALKAN TENAGA KEPADA PENGELUAR DAN MENJAMIN SUHU
YANG TINGGI SEPANJANG TAHUN ANTARA2 6 - 2 7 ° C SERTA BEZA ANTARA SUHU HARIANNYA
KECIL IAITU KURANG DARI2 ° C .
Manakala hujan merupakan pembekal utama sumber air
kepada kompenen biotik. Hujan turun dengan lebat kira-kira
2000mm setahun dan tiadanya musim kemarau yang nyata.
Disamping itu hujan ini juga menjamin udara yang lembab. Tanih
juga merupakan antara komponen abiotik. Tanih berasal daripada
batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kimia yang
menghasilkan pelbagai jenis regolit / tanih seperti tanah laterit,
tanah liat, tanah pasir dan sebagainya.Di kawasan kajian terdapat
pelbagai jenis komponen biologi paya bakau dan nipah dan ia sangat beragam
dan saling berhubung kait antara satu dengan yang lain
membentuk suatu ekosistem tersendiri iaitu ekosistem hutan paya
bakau dan nipah. Kepelbagaian itu antaranya adalah kepelbagaian biotik tanah paya bakau dan nipah, biotik perairan paya bakau dan nipah, kepelbagaian tanaman
paya bakau dan nipah (vegetasi / flora) serta kepelbagaian haiwan (fauna)
pada hutan paya bakau dan nipah. Vegetasi paya bakau dan nipah yang terdapat beberapa kawasan paya bakau di Malaysia antaranya adalah:-
1)Rhizophora,
Rhizophora Apiculata,
Rhizophora Mucronata,
Rhizophora Stylosa
2)Avicennia,
Avicennia Alba,
Avicennia Lanata,
Avicennia
Marina,
Avicennia Officinalis
3)Bruguiera,
Bruguiera Parviflora,
Bruguiera Cylindrica,
Bruguiera Gymnorrhiza
4)Sonneratia,
Sonneratia Ovata,
Sonneratia Caseolaris,
Sonneratia Alba
5)Acanthus Ilicifolius
Hutan paya bakau dan nipah merupakan tempat yang sesuai bagi
pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan,
kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan
menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya
hutan ini ia bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga
kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan. Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa
mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.

Pelbagai haiwan yang biasa hidup di kawasan hutan paya bakau dan nipah ini adalah buaya, ular dan paling banyak adalah burung. Beberapa jenis burung yang biasa terdapat di hutan paya bakau adalah DICACEUM HIRUNDINACEUM, AMYEMA SPP. (Chapman, 1975). Selain daripada tumbuhan dan haiwan juga terdapat pelbagai jenis biotik tanah hutan paya bakau dan nipah yang biasa hidup di dalam tanah, seperti cacing dan sebagainya.

Terdapat juga kekayaan hutan paya bakau dan nipah yang tidak terlalu
mendapat perhatian daripada masyarakat padahal peranan
daripada kekayaan ini sangat besar dalam membantu ekosistem
hutan paya bakau dan nipah, ianya adalah fungi. Fungi-fungi yang terdapat di
kawasan hutan ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbuhan
paya bakau dan nipah menyerap bahan-bahan pencemar yang masuk ke
perairan dengan cara fungi tersebut berasosiasi dengan akar
tanaman tertentu. Akan tetapi fungi mempunyai daya tampung yang terbatas dalam menyerap bahan-bahan pencemar seperti
logam berat mahupun yang lainnya. Oleh kerana itu apabila
kandungan bahan pencemar terlalu tinggi maka populasi fungi
tersebut akan menurun dan juga beberapa fungi yang tidak dapat
bermandiri akan musnah. Ini merupakan satu contoh kes yang
pernah di teliti di Muara Angke Jakarta oleh seorang pelajar di
Institut Pertanian Bogor, Indonesia. Beberapa fungi yang sering
ditemukan di hutan paya bakau iaitu ASPERGILLUS sp.,PENICILLIUM sp., TALAROMYCES sp., EUPENICILLIUM sp., TRICHODERMAsp.


























Proses aliran tenaga dalam rantaian makanan
Pengguna
Te r t i e r
(karnivor besar)
kira-kira 10%
sahaja dalam
kecekapan pemindahan
tenaga. sebahagian besar
(90%) tenaga terhilang dalam
proses -proses respirasi dan
metabolisme dan pertumbuhan
Kecekapan pemindahan tenaga
kira-kira 10%
Pengguna sekunder(karnivor kecil)
kira-kira 10% daripada biojisim mangsa ditukar menjadi
daging badannya. Sebahagian besar (90%) tenaga terhilang
dalam proses respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan
Kecekapan pemindahan tenaga kira-kira 10%
Pengguna primer(herbivor)
Apabila haiwan memakan tumbuhan, kira-kira 10% daripada biojisim tumbuhan
ditukar
menjadi tisu haiwan. Sebahagian besar (90%) tenaga terhilang dalam proses-proses
respirasi dan metabolisme dan pertumbuhan
Kecekapan pemindahan tenaga kira-kira 10%
Pengeluar (tumbuhan hijau iaitu pokok bakau)
Daripada 8% tenaga cahaya tersebut hanya 2% daripada digunakan untuk proses
fotosistesis. Bahagian tenaga
yang lain digunakan untuk proses metabolism, transpirasi dan pertumbuhan dan
sebagainya.
Hanya 8% daripada cahaya matahari yang sampai ke bumi digunakan oleh tumbuhan
hijau.
Matahari














Kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal &
alam sekitar manusia.
Alam sekitar fizikal:
Kepentingan ekosistem bakau adalah sempadan antara
daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya
hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi
hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan
sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus
pasang surut, ombak dan rebut. Hutan paya bakau bukan sahaja
melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula
tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak
tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan
sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini
merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk
menengelami daratan.
Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi
tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari
hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran
musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.
Selain itu juga, Hutan paya bakau merupakan sumber daya
alam yang mempunyai manfaat yang banyak dengan pengaruh
yang sangat luas di lihat daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi
dan ekologi. Biasanya peranan hutan paya bakau bagi kehidupan
dapat di ketahui daripada banyaknya jenis binatang dan tumbuhan
termasuk manusia yang hidup bergantung pada hutan paya
bakau. Menurut Abdullah (1986) hutan paya bakau yang
merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan
memegang peranan penting dalam mendukung produktiviti laut
yang berada di sekitarnya. Hutan paya bakau berperanan penting
dalam aliran tenaga dan siklus hara pada daerah-daerah pantai,
sepertimana di Indonesia yang memiliki garis pantai yang cukup
panjang.

Pada beberapa negara, hutan paya bakau dan nipah disalahgunakan sebagai tempat pembuangan sisa yang mengandungi logam berat dari kawasan industri yang terletak di sepanjang teluk.
Besarnya peranan vegetasi hutan paya bakau dan nipah ini dalam kitaran
logam berat tergantung pada keseimbangan antara pergerakan
logam dalam sistem yang bersangkutan dan pengeluaran atau
dekomposisi melalui serasah serta bahan-bahan organik.

Peranan hutan paya bakau di dalam proses-proses ekologi dan sistem penyangga kehidupan adalah mencegah intrusi air masin ke daratan yang dapatmerosakkan kawasan-kawasan pertanian dan untuk bekalan
air minuman.
Menahan angin dan ombak.
Tempat pembiakan pelbagai biotik laut, ikan, udang dan
sebagainya yang bermanfaat bagi kehidupan manusia.

Sebagai penyaring dan pengurai bahan-bahan organik
yang datangnya dari daratan yang dibawa oleh aliran
permukaan air hujan dan air sungai.
Hutan paya bakau mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi ini
yang paling menonjol dan tidak dapat digantikan oleh ekosistem
lain adalah kedudukan hutan paya bakau sebagai mata rantai yang
menghubungkan kehidupan ekosistem laut dengan ekosistem
daratan. Fungsi ekosistem hutan paya bakau secara luas
dinyatakan iaitu:

1. Fungsi Fizikal:
✔Menjaga garis pantai dan tebing sungai atau danau agar
tetap stabil.
✔Mempercepat perluasan tanah.
✔Mencegah intrusi air asin ke daratan.
✔Mengolah bahan sisa buangan.
2. Fungsi Biologi:
✔Tempat pembiakkan benih-benih ikan, udang, dan kerang-
kerang dari lepas pantai.
✔Tempat bersarang burung-burung besar.
✔Habitat alami bagi banyak biota.
3. Fungsi Ekonomi:

✔Lahan tambak ikan atau udang.
✔Tempat pembuatan garam.
✔Tempat rekreasi.
✔Penghasil kayu atau balak dan penghasil bukan kayu.

Kepentingan lain Hutan paya bakau juga berfungsi
mempengaruhi pergerakan udara atau ribut yang bertiup kencang
daripada arah laut yang mampu merosakan harta benda awam dan
kadangkala boleh meragut nyawa manusia. kawasan yang
mempunyai tumbuh-tumbuhan yang banyak berbanding di
kawasan lapang akan menghalang pergerakan atau tiupan angin,
jelaslah bahawa kadar kelajuan angin rendah di kawasan yang
mempunyai tumbuh-tumbuhan berbanding di kawasan lapang.





Alam Sekitar Manusia:

Kepentingan Paya Bakau dan nipah kepada alam sekitar manusia sebagai ekosistem untuk sektor perikanan pinggir pantai yang
mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Selain itu, Sebagai tempatbagi burung-burung akuatik tempatan dan burung-burung
penghijrah dan sebagai pelindungan pinggir pantai, merupakan
pemampan semulajadi yang dapat menghalang ombak dan
melindungi angin dari sampai ke pinggir pantai serta sebagai
kawasan rekreasi, pelancongan serta tempat penyelidikan dan pendidikan.
Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial
hidup di kawasan bakau dan nipah dan persekitarannya. Keuntungan
daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah
berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain
kawasan turut menggunakan pokok bakau dan nipah sebagai sumber kayu
balak . Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu
bakau dan nipah untuk membina rumah,atap dan bot (sebagai rasuk, alang,pelancar dan tiang)
Kayu bakau dan nipah juga digunakan untuk membuat perangkap ikan.
Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api.
Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan
untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak
bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan
sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat Ubat-
ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan biji
benihnya).Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan
dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul
dan tikar.
Kepentingan hutan bakau dan nipah kepada masyarakat yang tinggal di
kawasan wetland ini cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon
penampan kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan
nyawa akibat dari bencana semulajadi ini dapat dikurangkan. Di
kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta
benda akibat ribut adalah tinggi. Di samping itu, masalah
hakisan dan pemendakan yang teruk turut berlaku. Melalui
sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk
memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara.
Hutan bakau dan nipah sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga
berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu
kawasan delta yang luas.
Memanfaatkan benteng semula jadi yang dimiliki Negara
membicarakan mengenai benteng atau kubu semula jadi itu, kita
tidak ada pilihan selain bergantung kepada hutan bakau dan nipah yang
dianggap terbaik dan tidak memerlukan kos.Selain itu, kawasan
bakau dan nipah di bawah kuasa kerajaan negeri juga telah banyak ditukar status untuk dibangunkan menjadi kawasan perumahan, kolam
akuakultur, perindustrian dan lain-lain.ekosistem paya bakau dan nipah
terletak di antara sistem laut dan darat menjadikannya hutan
yang amat bernilai dan menjadi rebutan. Payau bakau dan nipah menjadi
habitat kepada banyak spesies invertebrat termasuk udang
harimau akar, ikan dan ketam dan organisma bentik (hidup di dasar)lain.

Kegunaan langsung secara tradisinya merujuk kepada
pengeluaran sumber untuk kayu, bahan api, kraf tangan dan
perikanan serta akuakultur serta perubatan yang tidak
didokumentasikan.Kajian perubatan ini pula telah dijalankan oleh
seorang penyelidik dari India yang mendapati bahagian-bahagian
tertentu seperti daun spesies bakau seperti B. Cylindrica,
Ceriops, Decandra, R. apiculata dan R. mucronata boleh dijadikan
teh manakala spesies lain pula berpotensi untuk menghasilkan
perisa dan digunakan sebagai bahan ubatan. Apa yang menarik
juga ialah kegunaan fizikal pokok bakau dan nipah termasuk ekologinya
yang sesuai untuk pertumbuhan atau habitat organisma air.
Usaha-usaha memelihara & memulihara keseimbangan
ekosistem kawasan kajian

Usaha-usaha memelihara
langkah-langkah memeliharanya tidak dijalankan dengan serius. Buat masa ini, paya bakau dan nipah adalah dilindungi di bawah berbagai-bagai rangka perundangan yang kurang memberikan perlindungan secara menyeluruh terhadap hutan paya bakau dan nipah di Setiu wetland ini. Perundangan yang ada mempunyai keutamaan yang berbeza-beza terhadap pemeliharaan paya bakau dan nipah dan juga cara-cara pendekatan yang berbeza-beza. Memandangkan paya bakau dan paya nipah adalah berkait dengan tanah, air, hutan dan hidupan liar, maka mana-mana peraturan berkenaan perkara-perkara tersebut adalah berkait secara lansung dengan paya bakau dan paya nipah. Kebanyakan daripada peraturan-peraturan tersebut tidak digubal bagi pemeliharaan persekitaran paya bakau secara khususnya. Ia hanya mengawal aktiviti-aktiviti manusia yang mungkin secara langsung atau tidak langsung memberi kesan terhadap kualiti persekitaran paya bakau dan nipah. Berdasarkan sifat semulajadi paya bakau dan nipah maka peraturan-peraturan yang berkait dengannya adalah Kod Tanah Negara 1965, (Akta 56), Akta Perhutanan Negara 1984, (Akta 313), Enakmen Air 1920, (Akta 418), Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, (Akta 76), Akta Taman Negara 1980, (Akta 226), Akta Perikanan 1985, (Akta 317) dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127).

Kawasan paya bakau dan paya nipah hendaklah turut dinyatakan dalam Akta Perhutanan ini sebagai kawasan yang harus dikekalkan sebagai hutan simpanan kekal kerana pokok bakau juga memainkan peranan ekonomi dalam penghasilan kayu dan arang, melindungi persisiran pantai dari hakisan, memberi perlindungan kepada hidupan liar dan berperanan sebagai habitat dan kawasan asuhan kepada spesies-spesies marin yang mempunyai nilai komersial sama seperti hutan hujan tropika lain (Bunt 1985; Burchett 1985). Keutamaan hendaklah diberikan terhadap merezabkan kawasan hutan paya bakau dan paya nipah yang asli sebagai kawasan simpanan selagi peluang berbuat demikian masih wujud (Mastaller 1996). Selain itu kawasan-kawasan paya bakau dan paya nipah lain seperti yang terletak di muara sungai juga perlu diberi perlindungan. Kawasan ini penting bagi menstabilkan ekologi kawasanlestuari.

Kawasan paya bakau dan paya nipah kaya dengan hidupan dan bertindak sebagai kawasan pembiakan serta memelihara kepelbagaian genetik. Kawasan paya bakau juga menampung penduduk- penduduk yang bergantung terhadap bekalan hasilan kawasan paya bakau dan nipah, bertindak sebagai zon pemampan daripada hakisan, ribut dan angin, kawasan asli bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi serta berfungsi sebagai pelindung dan penstabil ekologi ekosistem pulau. Kawasan-kawasan paya bakau dan nipah yang penting ini perlu dilindungi (Bunt 1985; Burchett 1985; Dugan 1987; Hegerl 1984). Perlindungan hutan paya bakau dan nipah sebagai hutan simpan di sepanjang persisiran pantai dapat melindungi fungsi- fungsinya terutama sebagai kawasan asuhan dan pembiakan ikan laut serta krustasia. Pemeliharaan yang dijalankan secara menyeluruh dapat menyumbang kepada penghasilan perikanan persisiran pantai pada tahap lestari (Manan 1987).

Hutan paya bakau dan paya nipah boleh bertindak sebagai zon pemampan yang mengurangkan hakisan tepian pantai dan aras kandungan pepejal terampai yang mengalir ke laut. Bahan enapan menurunkan kualiti air dan memberi kesan negatif terhadap tumbuhan dan haiwan akuatik. Pokok bakau dan nipah juga berupaya mengurangkan tenaga ombak, arus dan ribut yang melanda tepian pantai. Ini mengakibatkan bahan enapan mendap ke dasar. Akar pokok bakau dan nipah memerangkap dan menstabilkan bahan-bahan enapan ini serta bahan-bahan toksik seperti pestisid dan bahan buangan domestik serta industri yang melekat pada bahan enapan tersebut. Hasilnya kurang bahan enapan dan bahan-bahan toksik ini boleh masuk semula ke laut (Khan 1995). Selain itu hutan simpan paya bakau dan paya nipah boleh dijadikan kawasan rekreasi dan juga sebagai kawasan untuk menjalankan penyelidikan serta pendidikan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai hutan paya bakau dan paya nipah dan juga membolehkan pemonitoran dan pengurusan yang lebih terperinci dijalankan (Choy dan Booth, 1994; Nurkin 1994).
Bagi menjalankan pemeliharaan kawasan paya bakau dan paya nipah dengan
lebih menyeluruh maka satu polisi khas yang mempunyai
pendekatan terhadap isu-isu berkaitan paya bakau dan paya nipah, pengurusan
paya bakau dan nipah serta sumber-sumbernya pada tahap yang lestari bagi
mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan
persekitaran perlulah dirangka (Bunt 1985; Burchett 1985). Buat
masa ini terdapat berbagai polisi dan undang-undang yang
mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas
paya bakau .Terdapat beberapa polisi persekitaran, ekonomi dan sosial yang memberi kesan penting ke atas pemeliharaan paya
bakau dan nipah dan kegunaannya. Polisi-polisi dan strategi-strategi yang
sedia ada ini mempunyai pendekatan yang berbeza-beza ke atas
pemeliharaan paya bakau dan paya nipah.

Usaha-usaha memulihara

Mewartakan hutan simpan dan taman Negeri sebagai
kawasan perlindungan hidupan di paya bakau dan paya nipah. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk memulihara hutan paya
bakau dan nipah terebut. Majlis ini mengawal semua kegiatan perhutanan
dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang disetiap
negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan
berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan
keadaan hutan paya bakau dan nipah asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan
liar, dan taman Negara.
Antara beberapa contoh kawasan hutan paya bakau dan nipah di Malaysia termasuklah Taman Negara endau Rompin, Gunung Ledang , Taman Negara Tanjung Piai, Pulau Kukup,Kuala Selangor,Kuala Sepetang ,Kemaman dan Beserah Kuantan pahang serta Kepulauan mersing.
Penebangan hutan paya bakau dan nipah dan aktiviti perburuan hidupan liar
dikawasa-kawasa tersebut adalah diharamkan.




Kawasan hutan paya bakau dan nipah yang telah ditebang telah ditanam
semula dengan pokok-pokok baru dan penanaman semula secara
percubaan dijalankan. Pokok bakau dan nipah yang telah ditebang dan
kawasan yang terbiar akibat pencemaran yang berlaku. Projek
penanaman ini dijalankan seperti mana yang berlaku di Taman Negara Tanjung
Piai.
Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula
ditentukan selepas penyelidikan dijalankan oleh Institut
Penyelidikan Penghutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program
penanaman juga telah dijalankan di Taman Negara Tanjung Piai,Johor. Disini spesis paya Laut seperti bakau kurap dan bakau minyak dan nipah langgadan ditanam.Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan pada masa depan.



RUMUSAN
Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun
tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah
kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu
kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain.
Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan
itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan
antara lautan dan daratan.
Adalah menjadi satu kerugian jika hutan ini dibiarkan begitu
sahaja, namun begitu jika eksploitasi berlebihan dilakukan hutan ini
akan musnah. namun begitu membiarkan hutan ini begitu sahaja
kurang memberi manafaat, seelok-eloknya ambilah jalan tengah
agar kewujudnnya berkekalan. Satu sistem pengurusan hutan paya
bakau dan nipah yang efisien perlu dilaksanakan supaya tidaklah nanti yang
dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran.
Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati
dari kawasan paya bakau dan nipah dan berlakunya perubahan daripada
penggunaan secara tradisional kepada aktiviti-aktiviti
pembangunan besar-besaran yang mengakibatkan perbalahan
dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor yang berbeza maka
satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong oleh
rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah
diperlukan. Kepentingan hutan paya bakau kepada semua seharusnya dihargai dan usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan.
Dewasa ini, timbulnya masalah-masalah persekitaran yang
berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan
pesat bilangan penduduk, kerosakkan persekitaran, eksploitasi
bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran
masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai
rumusannya, alam sekeliling harus menanggung beban yang cukup
berat dan ini dapat mengganggu keharmonian proses-proses biologi
atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap
sebahagian masyarakat menjadi berubah.
Kami mencadangkan pembalakan di hutan bakau dan nipah mesti
dijalankan dengan konsep sustainable dan penghasilan berterusan.
Contoh kaedah penebangan mengikut jaluran. Hanya jaluran yang
dipastikan sahaja akan ditebang. Pokok bakau dan nipah dijalur lain akan terus hidup dan akan mengekalkan kepelbagaian spesis pokok yang ada
dan dapat menggalakkan proses regenerasi dan menjadi penahan
ombak serta pelindung bagi haiwan yang hidup disini.

Hutan bakau dan nipah digazetkan sebagai kawasan rezab ikan. Ini
adalah penting kerana kawasan hutan bakau dan nipah merupakan kawasan
pembiakan dan pembesaran ikan, udang, dan ketam dan hidupan
laut yang lain. Pemeliharaan hutan bakau ini akan menentukan
bekalan hasil laut dapat berterusan.

CADANGAN

Cadangan lain termasuk mengurangkan lesen pembalakan
dikawasan hutan bakau. Ini akan menentukan hutan bakau dan nipah tidak
dimusnahkan sewenang-wenangnya oleh kegiatan pembalakan. Jika
lesen diberi, kajian dan pemerhatian yang teliti harus dibuat supaya
pengambilan kayu bakau dan kayu nipah perlu diimbangkan dengan
pemuliharaanya dan tidak merosakkan keadaan semula jadi.
Kerajaan juga perlu mempunyai undang-undang yang ketat untuk
menghalang pembalakan hutan bakau yang tidak mempunyai
lesen. Pengawasan yang rapi perlu dijalankan khususnya bagi
mengawal pengusaha sector pembinaan supaya aktiviti mereka
tidak menjejaskan ekosistem hutan bakau dan hutan nipah.









\

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4