Sabtu, Mei 14, 2011

MEMAHAMI KESAN RUMAH HIJAU


Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan

FAKTOR DAN KESANYA

1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.
• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.
• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau

• Kenaikan suhu bumi
• Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
• Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
• Kemarau
• Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
• Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
• Penipisan lapisan ozon


Kedahsyatan Kesan Rumah Hijau
15 June 2004



Kepintaran manusia membayangkan perakhiran dunia memang menakjubkan apatah ia dengan penuh keyakinan dipaparkan di hadapan mata masyarakat betapa tenatnya dunia sekarang di tangan manusia.

´The Day After Tomorrow´( TDAT), adalah sebuah filem garapan Roland Emmerich adalah visi manusia yang agak tegas memikirkan apa akan terus berlaku jika masyarakat terus alpa dengan kesalahan mereka hingga keberhasilannya begitu ngeri malah tidak seorang pun mampu menghalangnya walaupun dengan berbekalkan kemajuan sains dan teknologi yang terlampau hebat di dunia.

Filem ini yang pada mulanya membawa audien melihat bagaimana sikap manusia yang dengan acuh dan tidak menganggap permasalahan pemanasan global ini adalah perkara yang kecil kerana pengurusan masalah yang wujud melibatkan penggunaan wang yang banyak. Akibatnya, persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pengkaji yang prihatin ini dibiarkan sehingga kesan yang dijangka hanya hadir pada 1000 tahun lagi telah mula melanda.

Lebih ironis manusia masih tidak mengambil kisah dengan permasalahan yang telah timbul malah menganggap ia hanya kesan sementara sehinggalah kejadian itu menimpa ke batang hidung sendiri.

Memang menakjubkan apabila ´Hollywood´ berjaya menampilkan ketakutan dan kengerian, bagaimana sebuah bandaraya yang moden di dunia menjadi padang ais yang gersang, malah dalam pada itu ia mampu menimbulkan kesedaran kepada kita bertapa pentingnya manusia menjaga alam daripada terus tercemar.

Apa yang digambarkan dalam filem TDAT adalah fenomena kesan rumah hijau yang telah mengakibat, penurunan suhu yang hebat hingga mencatatkan -150 F, malah di kawasan yang tidak pernah ditimpa salji telah terjadi perkara sebegitu, hujan ais batu yang sebesar kelapa di Jepun, malah di hemisfera utara dunia telah sekali lagi dilanda zaman ais, seperti apa yang telah berlaku pada dunia 50 juta tahun yang lampau. Menakjubkan!

Malangnya isu kesan rumah hijau yang pernah hebat diperbincangkan serata dunia kerana kesan daripada kemajuan industri di seluruh dunia, sejak akhir-akhir ini isu itu seperti telah pupus dari pemikiran masyarakat seluruh dunia.
Berkemungkinan mereka berpendapat kesannya hanya akan melanda baratus-ratus tahun lagi dan berkemungkinan ada daripada anggota masyarakat ini berfikir ia adalah takdir dan terus membiarkannya ia berlaku tanpa rasa tanggungjawab.

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau telah dicatatkan seperti berikut:

a. Kenaikan Paras Laut

Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.

b. Perubahan Iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian selain itu, perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c. Kesihatan Manusia Terganggu

Perubahan suhu boleh menyebabkan ´heatwave´ di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami ´heatstroke´. Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.
Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini.

Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah hijau dan telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia setakat ini.

Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia dan jangan hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT akan menjadi realiti terus berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda berada?

RAMALAN GEO SEM 2 SIRI 3 2024