Sabtu, Mei 14, 2011

MEMAHAMI TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT

MEMAHAMI TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT

Maksud PAL merujuk kepada kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan aras daratan disebabkan oleh perubahan esutatik dan isostatik.

EUSTASI-SEBARANG KENAIKAN ATAU PENURUNAN ARAS LAUT TANPA MELIBATKAN PERUBAHAN ARAS DARATAN,NAMUN DARATAN SEOLAH-OLAH KELIHATAN BERUBAH

ISOSTASI-SEBARANG KENAIKAN ATAU PENURUNAN DARATAN TANPA MELIBATKAN PERUBAHAN ARAS LAUT,NAMUN ARAS LAUT SEOLAH-OLAH KELIHATAN BERUBAH
Terbahagi kepada 4:

a)Perubahan eustatik positif – kenaikan aras laut : aras laut lebih tinggi berbanding aras daratan.

b)Perubahan eustatik negatif – penurunan aras laut : aras laut lebih rendah berbanding aras daratan.

c)Perubahan isostatik positif- kenaikan daratan: aras daratan lebih tinggi berbanding laut.

d)perubahan isostatik negatif-kejatuhan daratan: aras daratan lebih rendah berbanding laut.

Faktor dan mekanisme proses PAL

Mekanisme terbahagi 2:

a)Perubahan Eustatik – perubahan yang dialami oleh aras laut diseluruh dunia dalam keadaan aras daratan tidak berubah. Ia berkait dengan pencairan glasier pada zaman ais pliestosien.

b)Perubahan Isostatik – perubahan akibat perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pergurangan berat beban. Beban kurang bumi terangkat, aras laut jatuh. Beban bertambah bumi menurun, arau laut naik.

Perubahan Eustatik negatif (penurunan aras laut)

Berlaku disebabkan:

a)• Eustatik glasieran (Glasio-eustasi). Ia merujuk kepada perubahan aras laut yang berpunca daripada pembekuan ais secara besar-besaran yang berlaku pada zaman ais yang lampau kira-kira 25 juta tahun dahulu khususnya pada zaman awal ais pleistosen.
b)

Perubahan Eustatik Positif (peningkatan aras laut)


a)• Eustatik glasieran (Glasio-eustasi). Ia merujuk kepada perubahan aras laut yang berpunca daripada pencairan ais secara besar-besaran yang berlaku pada zaman ais yang lampau kira-kira 1 juta tahun dahulu khususnya pada zaman ais pleistosen.
• Pada akhir zaman pleistosen suhu dunia meningkat yang menyebabkan glasier telah mencair secara besar-besaran dan membanjiri laut. Kesannya aras laut telah meningkat menengelami kawasan-kawasan pinggir pantai yang rendah.

b)• Eustatik tektonik (Tektono – eustasi). Perubahan aras laut yang terjadi akibat gerakan-gerakan tektonik yang berlaku di dasar laut seperti letusan gunung berapi dasar laut, gempa bumi dasar laut, perlanggaran dan pencapahan plat-plat tektonik di dasar laut.
• Sebagai contoh gempa bumi yang berlaku di laut Andaman 100 kilometer dari Banda Acheh pada 29 Disember 2004. Gempa bumi yang berskala 9 Ritcher itu telah mewujudkan ombak tsunami setinggi 30 kaki sehingga menenggelamkan pesisir pantai Acheh.

c)• Eustatik – enapan (Sedimen – eustasi). Perubahan aras laut ini berpunca daripada pertambahan bahan-bahan yang dienapkan di dasar laut.
• Bahan-bahan enapan tersebut berpunca di daratan seperti bahan yang dikeluarkan oleh gunung berapi, bahan enapan yang dibawa oleh sungai mahupun bahan enapan glasier.
• Kesemua bahan enapan ini akan dibawa oleh sungai mahupun cairan glasier dan dimendapkan di dasar laut. Dasar laut menjadi semakin cetek dan kesannya aras laut akan meningkat.

d)• Eustatik – meteorit (Meteor-eustasi). Faktor ini berpunca daripada luar bumi. Sekiranya meteorit (tahi bintang) jatuh ke laut maka tenaganya yang kuat akan mewujudkan gelombang yang besar yang boleh meningkatkan paras laut.

e)• Aktiviti manusia. Pada masa kini aktiviti manusia juga boleh meningkatkan aras laut. Aktiviti manusia seperti perindustrian, pengangkutan, penyahutanan,pembandaran dan pembakaran terbuka menyumbang kepada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

• Kesannya berlaku fenomena pemanasan global. Pemanasan global membolehkan litupan ais kutub dan pergunungan cair dan melimpah ke laut di samping mengembangkan isipadu air laut itu sendiri, sekaligus meningkatkan aras laut.

• Di anggarkan sekiranya berlaku pemanasan secara menyeluruh di permukaan bumi sebanyak 1°C maka aras laut boleh meningkat setinggi 65 sentimeter dari aras sekarang.



Perubahan Isostatik positif (pengangkatan daratan)

Berlaku disebabkan:

a) pengurangan beban akibat proses pencairan glasier di kawasan daratan.

b)Beban berkurang kerana proses penggodolan dan pemedapan bahan enapan oleh air mengalir khususnya sungai.

c)Proses gelinciran julang yang mengangkat daratan lebih tinggi ke permuakaan laut.

Perubahan Isostatik negatif(penurunan daratan)

a) penambahan beban akibat proses pembekuan glasier di kawasan berglasier.

b)Beban bertambah akibat letusan gunung berapi yang memuntahkan lava, piroklas serta debu. Cth, letupan Karakatoa pd tahun 1883 telah memuntahkan bahan sejumlah 18 km padu yang menyebabkan PAL dan banyak pulau kecil di sekitarnya tenggelam.

Bukti kenaikan aras laut

• Wujudnya pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam. Kesannya akan membentuk paya, dataran berlumpur serta anak-anak teluk.

• Pantai Ria. Pantai ini terbentuk apabila aras laut yang naik menenggelamkan sebahagian daripada pinggir pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung ganang.

• Pantai Fiord. Ia terjadi apabila aras laut yang naik menggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang terletak di pinggir pantai.

• Pantai Dalmatia. Terbentuk apabila kenaikan aras laut menenggelamkan pinggir laut yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan garis pantai.

• Kewujudan terumbu karang. Terdapat tiga jenis terumbu karang iaitu Terumbu pinggir, Terumbu penghalang dan juga Pulau Cincin atau Atol

Bukti penurunan aras laut

• Kewujudan pantai timbul atau pantai terangkat. Pantai timbul boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pantai tanah tinggi timbul dan pantai tanah pamah timbul.

• Kewujudan teres-teres enapan dan teres hakisan. Keadaan pesisir pantai yang bertingkat-tingkat (berteres) membuktikan aras laut kawasan berkenaan telah jatuh berulang kali.

• Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai.

KESAN-KESAN KENAIKAN ARAS LAUT


1 MENJEJASKAN AKTIVITI PERTANIAN

• Resiko kawasan pertanian seperti kawasan padi sawah dinaiki air laut/banjir laut.

• Memusnahkan tanaman dan kawasan sawah tidak boleh digunakan.

• Memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih tanih.

2 MENJEJASKAN AKTIVITI AKUAKULTUR

• Kolam dan sangkar akuakultur yang berhampiran dengan pantai atau muara sungai mudah dimasuki oleh air laut.

• Darjah kemasinan yang tinggi akan mematikan hidupan akuakultur seperti ikan dan udang.

• Merugikan penternak.

3 MENEGGELAMKAN KAWASAN KEDIAMAN.

• Kenaikan aras laut menyebabkan kawasan dataran pantai dan delta sungai ditenggelami air – banjir laut.

• Kawasan kediaman penduduk terjejas – guna tanah petempatan semakin sempit.

• Aras laut yang meningkat juga boleh meningkatkan kadar hakisan ombak di tepi pantai – pantai terhakis, jaluran pantai semakin sempit dan merobohkan rumah-rumah penduduk.

4 MENJEJASKAN KAWASAN PERLANCONGAN.

• Aras laut meningkat boleh menggelamkan pulau-pulau peranginan dan pantai-pantai yang rendah seperti di kepulauan Hawai dan Vannutu. Ini menjejaskan sektor pelancongan.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4