Ahad, Oktober 21, 2018

TNTI:JAWAPAN TAJUK RAMALAN NO 14(HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR )

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR
(a)   Menyatakan dasar luar negara Malaysia.
    
i. Dasar luar sesebuah negara dibentuk dengan tujuan mempertahan dan mempromosi kepentingan keselamatan, ekonomi dan lain-lain kepentingan utama negara.
ii. Penggubalan Dasar Luar Malaysia mengambil kira pelbagai faktor geografi, sejarah, sosial, dan politik yang Malaysia hadapi, terutama dalam era globalisasi ini.
iii. Dasar luar menentukan bagaimana hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara luar
iv. Objektif asas dasar luar Malaysia adalah untuk memperjuangkan kepentingan negara di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia memilih untuk berbaik-baik dengan semua negara di dunia baik jiran serantau mahupun negara-negara di rantau lain.
v. Teras dasar luar negara Malaysia ialah kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of peace,  Freedom  and  Neutrality  atau  ZOPFAN) telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb November 1971. Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara
vi.  Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah menjadi pendorong timbulnya konsep dan dasar ZOPFAN ini ialah  ketegangan politik Timur (Rusia)-Barat (Amerika) iaitu peperangan di Korea dan di Vietnam.
Rujukan lanjut:
http://eydaums.blogspot.com/2010/11/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html
Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau.
i.Dasar ‘memakmurkan jiran’ yang menjadi prinsip hubungan luar negara telah dan terus menjadi amalan Malaysia. Bagi Malaysia, kemakmuran negara perlu dikongsi bersama negara jiran tetangga kerana manfaatnya akan lebih melimpah ruah. Sebaliknya jika hanya Malaysia yang makmur, bahana dari sempadan akan mengalir ke bumi ini.Penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani, yang majoritinya beragama Islam, kebanyakan mereka mempunyai saudara-mara di sebelah sempadan Malaysia baik di daerah Padang Besar, Wang Kelian atau Rantau Panjang.
ii. Peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau dapat dilihat penyertaannya dalam ASEAN, BIMP-EAGA, IMT-GT, IMS-GT,
iii. Malaysia memberi sokongan dalam menghadapi pengganas global dan lanun dengan menyertai rondaan perairan selat Melaka dengan Indonesia dan Singapura bagi memastikan laluan tersebut selamat.
  
  Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.
 i. Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan. Antara isu yang difokuskan ialah:
(a) pemanasan global,
(b) penipisan lapisan ozon,
(c) pencemaran udara dan air,
(d) kehilangan biodiversiti, dan
(e) kepupusan sumber alam seperti tanah, hutan, mineral, dan mann.
ii. Badan dunia, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah meluluskan pelbagal langkah, terutama dalam bentuk ketetapan, perjanjian, dan persetujuan di kalangan negara anggota untuk melindungi alam sekitar dunia daripada terus dijejas oleh aktiviti ekonomi manusia, Antaranya ialah:
(a) Protokol Montreal mengenai bahan-bahan (CFC) yang menipiskan lapisan ozon,
(b) Perjanjian Antartik yang mengharamkan ujian semua jenis senjata dan membuang sisa nuklear di wilayahAntartik,
(c) Dekiarasi Stockholm yang memerlukan iltizam global untuk melindungi sumber alam dan mengurangkan pencemaran dalam aktiviti pembangunan,
(d) Protokol Kyoto mengenai usaha negara-negara di dunia mengurangkan pembuangan gas rumah hijau ke udara,
(e) Deklarasi Langkawi merupakan suatu persetujuan yang dibuat oleh Mesyuarat Negara-negara Komanwel di Malaysia tentang pengurusan alam sekitar di kalangan mereka.
-
iii.Dalam isu pencemaran udara : Pada tahun 2002, Malaysia dan semua anggota ASEAN bersetuju menandatangani Perjanjian Jerebu Merentasi Sempadan. Tujuan membantu negara Indonesia hentikan pembakaran hutan.
iv.Dalam isu pencemaran air  laut:  mengawal tumpahan minyak di Selat Melaka akibat pelanggaran kapal atau sengaja dibuang.
v. Kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar penting kerana:
(a) pencemaran sudah merentasi sempadan negara;
(b) lebih banyak dana boleh dikumpul bersama;
(C) kepakaran teknikal sesebuah negara mungkin terhad dalam menangani masalah pencemaran;
(d) kesediaan negara man rumah perlu ada untuk menerima bantuan
negara luar;
(e) keupayaan sesebuah negara menangani sendiri masalah pencemaran
alam sekitar terhad dan oleh itu memerlukan bantuan negarajiran.
 
Pakatan Ekonomi Serantau

Pertubuhan Negara² Asia Tenggara (ASEAN).
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Perundngan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT, IMS, BIMP)
Negara² Komeanwel (CHOGM)
Negara² Berkecuali (NAM)
Negara² Islam (OIC)
Negara² Membangun (G15)         dll

Jenis Kerjasama Yang Dijalankan

Pembangunan Perindustrian : Agro Based Industry – M’sia : T’land : I’sia
Kemajuan Pelancongan : Langkawi, Phuket, Acheh sbg “Pintu Masuk Pelancong ASEAN”
Kerjasama Perdagangan : Modal - Konsep Pelaburan Silang,, AFTA, APEC – Bandar Nusa Jaya di Johor – k/sama dgn S’pura
Pertukaran Kebudayaan & Telekomunikasi : siaran tv & radio ; RTM – TVRI – TVB
Pembangunan Infrastruktur : jln k/api Trans Borneo, Projek Link ke 2
Keselamatan & Keamanan : ZOPFAN, ZEE di Selat Melaka, bantuan gempa bumi di Acheh


Kepentingan Kerjasama Serantau

a.Meluaskan pasaran: pasaran bersama – eg ASEAN, AFTA.
b. Mengelak monopoli pasaran kewangan oleh negara maju : dollar AS – eg tubuh Bank ASEAN.
c. Meningkat aliran modal : Konsep Pelaburan Silang eg M’sia – S’pura.
c.Perkongsian teknologi, kepakaran & inovasi baru: konsep perkongsian pintar – eg M’sia – Thailand (bidang pertanian & perikanan l/dlm)
e. Perkongsian bahan mentah : petroleum, kelapa sawit, getah eg Singapura
f. Menjaga kepentingan bersama : perdagangan, pasaran, tarif – eg AFTA
g. Meningkatkan daya saing dng negara maju : perkongsian pintar, buruh, sumber – eg ASEAN, AFTA dll.




Halangan / Masalah Kepada Kerjasama Serantau

  1. Persaingan sesama negara pengeluar : komoditi yang sama – eg Kelapa Sawit (M’sia dng I’sia).
  2. Kuasa beli pasaran ASEAN : penduduk sedikit, pasaran kecil, kuasa beli rendah – M’sia 26j org.
  3. Penurunan nilai mata wang : tidak stabil, merugikan perdagangan – eg kejatuhan nilai Rupiah I’sia.
  4. Masalah politik antara negara : tuntutan bertindih, sempadan dll – eg isu pulau Bt Putih (M’sia – S’pura)
  5. Kekurangan teknologi & kepakaran : kebanyakan negara adalah sedang membangun -  eg I’sia, F’pin
  6. Jurang ekonomi yg ketara antara negara : Negara kaya mengambil kesempatan ke atas negara miskin – eg A/S, S’pura
  7. Amalan perdagangan unilateral : utamakan perdagangan dng Negara maju, bermotif keuntungan, kemasukan barangan import – eg S’pura, automotif dll

Usaha Mengurangkan Kebergantungan Ekonomi Yang Berat Sebelah Kepada Negara Maju

  1. Mendiversifikasikan ekonomi : terutama perindustrian, perkhidmatan & perdagangan.
  2. Menggalakkan kemajuan penyelidikan, teknologi & kepakaran sendiri : Proton, Petronas
  3. Menggalakkan pelaburan & pemilikan modal tempatan : kerajaan & swasta – eg FELDA, TNB, Petronas dll
  4. Mewujudkan perkongsian pintar / bijak : Proton – VW (automobil)
  5. Meluaskan pasaran / perdagangan : kerjasama Selatan –Selatan, Timur Tengah dll
  6. Mengukuhkan kerjasama serantau : ASEAN
  7. Mewujudkan dasar & program pembangunan ekonomi : M’sia laksana NCER, ECER dll

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
 ditubuhkan pd thn 1967 melalui Deklarasi Bangkok 1967
 asalnya dianggotai oleh 5 buah negara :
            - Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura
 kemudian bertambah kepada 10 :
            - Brunei, Vietnam, Kampuchea, Laos, Myammar
 juga dikenali sebagai ASEAN 10
 kini termasuk Timor Timur ( 11 buah negara ASEAN )

Faktor / Kepentingan Kerjasama ASEAN

  1. Perdagangan sesama negara anggota
  2. Perluasan saiz pasaran
  3. Perkongsian pelaburan / modal
  4. Perkongsian teknologi, R & D, inovasi
  5. Perkongsian kepakaran & tenaga buruh
  6. Membekalkan bahan mentah
  7. Kerjasama keselamatan
  8. Penjagaan alam sekitar

Halangan kerjasama ASEAN

  1. Persaingan sesama negara pengeluar
  2. Kejatuhan nilai mata wang
  3. Kuasa beli pasaran yang rendah
  4. Konflik politik antara negara anggota
  5. Jurang ekonomi negara anggota
  6. Pentingkan perdagangan unileteral

SEGITIGA PERTUMBUHAN

Segi tiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama yang dilakukan pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN.
Melibatlan 3 – 4 buah negara berjiran
Teras kerjasama ini ialah bagi memperoleh keuntungan bersama, saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain

Rancangan pembangunan ekonomi di bawah segitiga pertumbuhan

  1. Sektor pelancongan – pintu masuk pelancong ke ASEAN – Langkawi, Phuket, Acheh – kaw bebas cukai
  2. Sektor pengangkutan – laluan darat, udara, air – Jln k/api Trans-Borneo, Projek Link Kedua, Feri Langkawi – Phuket
  3. Sektor Pembandaran – wujudkan bandar baru (pelaburan silang) – Projek bandar Nusa Jaya, bandar Tjg Pelepas
  4. Sektor Telekomunikasi – projek Internet Asean, program pertukaran siaran radio & tv
  5. Sektor Pertanian & Perikanan – perladangan k/sawit & getah (BIMP), pertanian makanan (IMT), perikanan laut dalam, akuakultur
  6.  Sektor Perhutanan – meliputi sumber² pembalakan (BIMP)
  7.  Sektor Industri – industri berasaskan pertanian & industri berintensif buruh


Bencana Alam Merentas Sempadan

Jerebu (pencemaran udara) eg M’sia – I’sia

Banjir eg Selatan Thai – Perlis & Kedah

Tsunami eg Acheh, Kuala Kedah, P.Pinang, Phuket.

Gempa bumi eg Sumatera – Pantai Barat S/M’sia.

Ribut tropika (taufan) eg Filipina – Sabah.

El Nino / La Nina (semua terlibat)

Usaha / Kaedah / Langkah Menghadapi Bencana Alam

  1. Perjanjian Persefahaman – plan tindakan
  2. Dana & Sumbangan
  3. Bantuan Kepakaran & Teknikal

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4