Ahad, Oktober 21, 2018

TNTI:JAWAPAN TAJUK NO 13(LESTARI/MELESTARI/PELESTARIAN DAN KELESTARIAN)

Perkataan ‘lestari‘ sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-

  • lestari > kekal, tidak berubah
  • melestarikan > mengekalkan, menetapkan
  • pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan
  • kelestarian > keadaan yang tidak berubah
 LESTARI


PERKATAAN lestari amat biasa didengar ketika ini. Banyak perkara dikaitkan dengan perkataan tersebut, antaranya pembangunan lestari, alam sekitar lestari, bandar lestari, sekolah lestari, ekonomi lestari dan kehidupan lestari. Gabungan perkataan-perkataan ini seterusnya membentuk makna-makna berbeza bagi menerangkan konsep-konsep berbeza.

Kekerapan penggunaan perkataan lestari dan gabungannya dengan pelbagai perkataan lain menjadikannya ‘sedap didengar’ tetapi tidak bermakna maksud­nya benar-benar difahami. Malah, kemungkinan besar, keluasan penggunaannya sehingga meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia, menjadikan maksud sebenar perkataan tersebut semakin terhakis.
Ketika ini, perkataan lestari hanya difahami sebagai ‘sesuatu yang baik’ sedangkan makna sebenar perkataan itu juga meliputi pemeliharaan kelangsungan pelbagai ‘perkara baik’ yang ingin dicapai manusia, misalnya memelihara kelangsungan ekonomi, kekuasaan politik, mutu alam sekitar dan sebagainya.
Ketidakfahaman atau kekeliruan akan makna sebenar kelestarian menjadikan usaha mencapai­nya laksana layang-layang melawan angin. Segala usaha telah cuba dilakukan tetapi hasilnya sukar kelihatan. Mungkin inilah yang menjadi punca ketidaklestarian kehidupan masyarakat masa kini.
Terdapat banyak petanda kehidupan tidak lestari masyarakat kini. Antaranya boleh dilihat ­melalui beberapa petunjuk ­misalnya penghasilan sisa pe­pejal. Saban tahun, penghasilan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat. Pada 2005, 19,000 tan sampah dihasilkan sehari dan dalam 2016, jumlah itu berganda kepada 38,200 tan sehari. Penghasilan sampah ini dijangka mencapai 45,900 tan sehari pada 2020. Isi rumah adalah penyumbang terbesar penghasilan sisa pepejal di negara ini (65 peratus).
Dari segi kitar semula pula, terdapat peningkatan yang agak baik iaitu daripada 10.5 peratus (2012) kepada 17.5 peratus (2016). Namun, kadar ini masih terlalu jauh jika dibandingkan negara-negara lain seperti Jerman (65 peratus) dan Korea Selatan (59 peratus) pada 2013. Malah, lebih membimbangkan apabila isi rumah, walaupun menghasilkan jumlah sampah terbesar, namun hanya mengitar semula pada kadar 9.1 peratus sahaja.
Melihatkan kepada peningkatan penghasilan sampah dan kurangnya kesedaran terhadap pengurangan sampah dan amalan kitar semula, maka boleh dikatakan bahawa gaya hidup tidak lestari masih menjadi identiti masyarakat Malaysia. Jika ini berterusan, adakah kelestarian boleh dicapai?
Prinsip-prinsip kelestarian mu­la diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-3 (1976-80) dan seterusnya menjadi agenda penting dalam rancangan pembangunan berikutnya. Rancang­an Malaysia Ke-8 (2001-5) me­nyatakan bahawa “penekanan akan diberikan untuk menangani isu-isu alam sekitar dan sumber secara bersepadu dan holistik. Langkah-langkah akan diambil untuk mengenal pasti pendekatan pengurusan berhemah, kos efektif, dan sesuai dan memberi pelbagai manfaat bagi memastikan pembangunan lestari dan berdaya tahan”.
Usaha-usaha secara ikhlas dan tegas untuk mencapai kelestarian terutamanya kelestarian hidup perlulah digerakkan segera dan secara tersusun. Bagi tujuan tersebut, tulisan Joern Fischer et al. (2012) yang bertajuk Human Behaviour and Sustainability amat menarik untuk dikongsi di sini. Beliau mencadangkan lima usaha yang boleh digerakkan untuk mencapai kelestarian iaitu, pembaharuan institusi formal negara; mengukuhkan institusi masyarakat awam dan memupuk penglibatan mereka; mengawal penggunaan dan mengurangkan pertumbuhan penduduk; mempertimbangkan kesaksamaan dan keadilan sosial dalam membuat keputusan; serta menegakkan nilai dan sistem kepercayaan yang menjadi asas membentuk tingkah laku.
Daripada lima usaha yang dicadangkan ini, ada di antaranya mungkin menimbulkan persoalan dan kontroversi. Misalnya, pengurangan pertumbuhan pen­duduk. Ini kerana, ada sesetengah pengkaji yang melihat masalah penggunaan sumber bukan semata-mata disebabkan oleh pertambahan penduduk tetapi yang lebih penting adalah pembahagian penggunaan sumber yang tidak seimbang antara kumpulan yang kaya dan miskin di dunia ini.
Sebenarnya, sebilangan kecil penduduk kaya di dunia (20 peratus) menggunakan sebahagian besar daripada sumber-sumber di dunia (80 peratus sumber) dan membiarkan hampir lima bilion penduduk dunia hidup dengan baki 20 peratus sumber. Hasilnya, berbilion-bilion orang hidup tanpa keperluan asas kehidupan seperti makanan, air, perumahan dan sanitasi.
Walaupun terdapatnya perbezaan pandangan terhadap beberapa cadangan Fischer, namun dua daripada cadangan yang beliau utarakan amat menarik untuk diberi perhatian, iaitu memupuk penglibatan masyarakat dan kepentingan sistem nilai dan kepercayaan.
Ini bermakna untuk mencapai kelestarian, penglibatan masyarakat sangat penting. Jika masyarakat dibiarkan keliru de­ngan makna dan konsep kelestarian maka kemungkinan besar usaha mencapai negara dan gaya hidup lestari tidak akan tercapai. Jadi, persoalannya kini, adakah masyarakat Malaysia benar-benar faham dan menghayati prinsip kelestarian dan adakah mereka mampu menjadikannya amalan dalam kehidupan seharian? Selagi persoalan ini tidak mampu dijawab maka lupakan sahaja hasrat untuk membentuk sebuah negara lestari yang kita idamkan.
Selain itu, Fischer juga menyebut tentang peranan sistem nilai dan kepercayaan dalam mencapai kelestarian. Ramai yang bersetuju dan menerima bahawa acuan utama sistem nilai manusia adalah agama. Adakah Fischer cuba menyatakan bahawa kelestarian tidak akan tercapai tanpa adanya agama? Hakikatnya, ramai yang tidak suka mengaitkan kehidupan seharian mereka de­ngan agama. Kata mereka, agama adalah soal ibadah semata-mata. Ia tiada peranan dalam merencanakan pembangunan negara malah dalam pengurusan alam sekitar sekalipun. Nyata, ini satu kesilapan besar. Tanpa sistem nilai yang berpaksikan kebenaran, kelestarian tidak mungkin dicapai. Jadi, kebenaran apakah yang cuba kita dustakan?
Cadangan yang diutarakan Fischer ini wajar diambil perhatian dalam usaha membentuk sebuah negara atau kehidupan yang lestari. Sebahagian cadangan beliau ini berbentuk struktural tetapi beliau tidak menolak aspek pembentukan nilai untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat. Apa yang perlu, semua aspek yang dikira penting untuk mencapai kelestarian haruslah diusahakan. Inilah yang dikatakan sebagai pendekatan menyeluruh untuk merealisasikan kehidupan lestari.

MELESTARI

Langkah-langkah untuk MELESTARIKAN Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
 
KELESTARIAN



STILAH kelestarian mungkin begitu sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Namun, sejauh manakah masyarakat kita memahami konsep kelestarian dalam erti kata sebenar terutamanya dalam menterjemahkan konsep ini ­melalui sikap terhadap alam sekitar? Apakah peranan yang sewajarnya dimainkan oleh setiap individu dalam memelihara kelestarian alam sekitar?


Sekiranya dilihat kepada kea­daan alam sekitar semasa, ia ­jelas memberi cerminan bahawa masyarakat kita masih gagal dalam menterjemahkan konsep kelestarian terhadap alam sekitar sebagaimana yang ditekankan ajaran Islam. Buktinya, sejak kebelakangan ini alam sekitar kian diancam dari pelbagai sudut di­sebabkan oleh aktiviti tidak beretika manusia sehingga mengakibatkan kelestariannya tergugat.
Sedangkan konsep kelestarian alam sekitar yang sebenar adalah memastikan keadaan dan segala komponen yang ada di dalamnya kekal terpelihara. Namun, sebaliknya berlaku apabila saban hari menyaksikan masyarakat kita semakin keliru dalam memahami hakikat sebenar kejadian alam sebagai ayat-ayat serta simbol kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Natijahnya, ia membawa kepada kegagalan melahirkan masyarakat minda kelas pertama terhadap aspek kelestarian alam sekitar, sekali gus gagal menzahirkan peranan selaku khalifah dalam memakmurkan bumi.

Contoh paling dekat, kegagalan sikap dan cara berfikir masyarakat terhadap alam sekitar dapat dilihat dengan jelas terutamanya dari aspek kebersihan dan permasalahan sampah di persekitaran kita tanpa adanya titik noktah.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini? Bukan tiada usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi permasalahan ini. Sebagai contoh, salah satu usaha yang harus dipuji adalah langkah yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang melakukan pemasangan perangkap pencemaran kasar atau Gross Pollutants Traps (GTP) di sepanjang lembangan Sungai Klang. Pemasangan GTP ini didapati banyak mengurangkan sampah ­pepejal yang terdapat di sungai berkenaan, sekali gus sedikit sebanyak membantu menjadikan sungai itu lebih bersih keadaannya berbanding sebelum pemasangan alat tersebut.

Namun demikian, pemasa­ngan peralatan ini semata-mata tidak akan mampu membantu dan memberi kesan maksimum dalam mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar sekiranya tidak disokong oleh masyarakat terutamanya dalam melakukan transformasi ke atas sikap serta cara berfikir bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan tamadun terjamin.

Ini memandangkan pencemaran yang berlaku adalah berpunca daripada tindakan masyarakat yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat. Sudah tiba masanya masyarakat kita mengubah mentaliti ke arah yang lebih optimis agar mereka tidak sewenang-wenangnya membuang sampah. Sebaliknya, mereka perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aspek penjagaan alam sekitar dengan membuangnya secara lebih sistematik.

PELESTARIAN



13 Cara Pelestarian Alam Sekitar

Alam semesta ini adalah tempat tinggal bagi manusia maupun makhluk hidup lainnya. Dengan alam juga mereka dapat hidup hingga saat ini yang tentunya telah melalui banyak perubahan, seperti perubahan penggunaan lahan, perubahan penggunaan air dan lain sebagainya. Sebagian besar makhluk di bumi ini bergantung dari alam, seperti bergantung pada air, kayu, sayur-sayuran, pepohonan dan sebagainya.
Jika alam ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, maka akan terjadi kerusakan maupun kepunahan dimana-mana. Maka dari itu perlu pelestarian alam ini agar tetap terjaga ketersediaan sumber dayanya dan berikut adalah beberapa cara untuk melestarikan alam semesta ini. ( baca : Sumber Daya Alam Berdasarkan Sifatnya ).
Berikut adalah beberapa cara pelestarian alam :

  1. Melakukan reboisasi – Dengan melakukan penghijauan hutan kembali ini tujuannya adalah untuk melestarikan hutan yang sudah tandus, dapat mengurangi polusi udara serta dapat mencegah bencana tanah longsor. ( baca : Dampak Akibat Hutan Gundul )
  2. Membangun terasering – Dengan membangun terasering dengan menanam berbagai macam pohon di daerah yang memiliki topografi miring agar tidak terjadi tanah longsor yang dapat merugikan masyarakat maupun kondisi lingkungan sekitar.
  3. Mendaur ulang sampah – Dengan cara pemanfaatan sampah yang dapat di daur ulang ini bertujuan untuk membuat ketrampilan maupun prakarya yang bermanfaat yang menguntungkan dan ramah lingkungan.
  4. Melarang penembangan hutan liar – Hindari penebangan hutan liar yang dapat merusak alam dan beberapa dampak penebangan hutan secara liar adalah dapat menyebabkan devisa negara menurun, kerusakan hutan, erosi tanah dan tanah longsor.
  5. Melakukan sistem tebang pilih – Apabila memang membutuhkan bahan-bahan yang berasal dari hutan seperti kayu, lakukanlah sistem tebang pilih agar kelestarian hutan tetap terjaga dan tidak menimbulkan masalah serius bagi hutan secara khusus. ( baca : Manfaat Hutan )
  6. Menetapkan hukum atau sanksi – Menetapkan hukuman atau sanksi bagi siapapun yang secara sengaja telah melanggar aturan dalam melestarikan sumber daya alam di muka bumi ini agar mereka lebih sadar akan peran sumber daya alam dalam kehidupan sehari-hari mereka.
  7. Mendirikan cagar alam dan suaka margasatwa – Untuk melestarikan hewan dan tanaman yang hampir punah, pemerintah hendaknya membangun cagar alam dan suaka margasatwa di berbagai daerah yang memang populasi hewan dan tanamannya semakin sedikit. Hal ini dilakukan dengan tujuan agar keduanya dapat terlindungi dan dapat berkembang lebih banyak lagi sehingga keanekaragamannya tetap terjaga. ( baca : Cagar Alam di Indonesia Beserta Flora dan Fauna yang Dilindungi )
  8. Menghindari perburuan liar – Demi menghindari populasi hewan langka yang semakin hari semakin sedikit inilah sebaik mungkin untuk menghindari perburuan liar agar populasi hewan langka tetap terjaga. Dan sebisa mungkin untuk membentuk anggota yang bertugas untuk mengawasi di titik-titik tertentu yang sering menjadi tempat untuk perburuan liar.
  9. Mengurangi penggunaan gas kimia – Gas kimia merupakan zat yang sangat berbahaya, baik itu berbahaya untuk lingkungan sekitar maupun berbahaya untuk bumi ini. Jadi setidaknya mulai sekarang hindari penggunaan gas kimia untuk hal-hal yang tidak begitu penting karena penggunaan gas kimia secara berlebihan dapat menyebabkan lapisan ozon menipis, sehingga memudahkan sinar ultraviolet matahari masuk ke bumi.
  10. Menjaga kebersihan lingkungan – Menggiatkan program kerja bakti massal di lingkungan masyarakat sejak dini agar lingkungan tetap terjaga dan nyaman untuk ditinggali.
  11. Menjaga ekosistem laut – Laut merupakan sumber penghasil ikan terbanyak di negara ini yang kemudian dijual demi kebutuhan masyarakat maupun untuk di ekspor ke negara lain. Maka dari itu kita perlu menjaga ekosistem laut agar keanekaragaman hayati dalam laut tetap terjaga. Selain itu perlu diingat untuk melarang para nelayan dalam menangkap ikan dengan menggunakan bahan peledak, karena hal ini akan sangat merugikan bagi ekosistem laut. Apabila memang ada yang melakukannya, sebaik mungkin untuk segera ditindak lanjuti untuk diberi sanksi agar jera. ( baca : Fungsi Ekosistem Terumbu Karang ). 
  12. Menjaga ekosistem hutan – Selain ekosistem laut, ekosistem hutan juga perlu dijaga kelestariannya. Karena menurut pengamatan dinyatakan bahwa hutan adalah salah satu penyumbang devisa negara, tanpa adanya hutan maka devisa negara akan turun dan hal ini tentunya sangat merugikan negara. Maka dari itu perlu menjaga ekositem hutan agar tetap lestari dan dapat dimanfaatkan dengan bijak.
  13. Mengolah limbah – Limbah pabrik maupun limbah rumah tangga sebisa mungkin untuk diolah ataupun dibuang pada tempatnya, karena apabila kedua jenis lembah tersebut dibuang sembarangan maka akan menimbulkan pencemaran lingkungan dan tentunya ini akan berdampak pada kelestarian alam yang buruk. ( baca : Bahaya Limbah Bauksit bagi Lingkungan )


Dampak Negatif

Penlestarian alam memang bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, namun perlu diingat bahwa sebagian besar dalam kehidupan ini bergantung pada alam. Maka dari itu mau tidak mau kita harus menjaga alam ini agar nyaman untuk ditinggali dan juga menjaga kelestariannya. Namun apa yang terjadi apabila alam ini tidak terjaga ? Apa dampak buruk jika kita tidak melestarikan alam ? Berikut penjelasannya.

  1. Lapisan ozon menipis – Lapisan ozon merupakan bagian penting di bumi ini, tanpa adanya lapisan ozon maka sinar matahari akan menembus dengan mudah ke bagian bumi yang nantinya akan sangat berbahaya bagi manusia maupun makhluk hidup lainnya. Jika alam tidak terjaga dan sering terjadi pencemaran udara pada khususnya maka hal ini akan membuat lapisan ozon menipis dan hal ini sangat tidak bisa dihindari kecuali dengan menjaga alam ini dengan sebaik mungkin. ( baca : Fungsi Lapisan Ozon )
  2. Pencemaran udara – Penggunaan bahan bakar dan juga asap dari pabrik ini jika tidak diminimalisir ataupun di alihkan maka dapat menyebabkan pencemaran udara yang merugikan masyarakat maupun bumi tempat tinggal kita. Hal ini terjadi karena asap dari kendaraan bermotor ataupun asap dari pabrik mengandung zat yang merugikan bagi lingkungan dan dapat menyebabkan lapisan ozon menipis.
  3. Pencemaran air – Apabila limbah rumah tangga, limbah pabrik dan banyak sampah yang tidak di daur ulang kemudian dibuang di sungai semuanya maka akan menimbulkan pencemaran air. Hal ini tentunya sangat merugikan, baik itu merugikan lingkungan maupun merugikan masyarakat di sekitarnya. Pencemaran air ini juga dapat membunuh ekosistem dalam air maupun di sungai. Tidak hanya itu, hal ini juga dapat menyebabkan terjadinya sedimentasi di sungai dimana apabila tidak segera ditangani kemudian terjadi hujan deras maka akan menimbulkan banjir air yang merugikan.
  4. Flora dan fauna punah – Jika perburuan liar tidak dicegah, tidak ada tempat untuk mengembangbiakkan dan melindungi flora dan fauna, maka kemungkinan besar yang terjadi adalah kepunahan dari keduanya.
  5. Menimbulkan bencana alam – Apabila hutan tidak dijaga, kebersihan sungai juga tidak dijaga maka akan menimbulkan beberapa bencana alam seperti banjir dan tanah longsor. Untuk menghindari hal ini maka sebisa mungkin masyarakat untuk melestarikan alam ini sehingga bencana-bencana tersebut dapat dihindari.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4