Isnin, Oktober 08, 2018

JENIS JENIS PERTANIAN

Terdapat tiga jenis pertanian di Malaysia. Iaitu:-
  • Pertanian pindah
  • Pertanian kebun kecil (sara diri)
  • Pertanian ladang

Pertanian Pindah
Ciri-ciri utama :
  • Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
  • Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
  • Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
  • Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
  • Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)
  • Peringkat kerja dalam pertanian pindah
  • Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.
  • Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah.
  • Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
  • Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.
Pertanian Kebun Kecil / Sara 


Ciri-ciri utama:
  • Keluasan tapak 1- 2 hektar.
  • Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
  • Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
  • Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
  • Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.
  • Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko. 
 Pertanian Ladang 



Ciri-ciri utama:
  • Keluasannya melebihi 40 hektar.
  • Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
  • Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
  • Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
  • Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4