Isnin, Oktober 08, 2018

TNTI:memahami jenis perikanan di malaysia dan alat menangkap ikan


3.0 JENIS DAN CIRI AKTIVITI PERIKANAN
Sektor perikanan di rantau Asia Pasifik merupakan sektor ekonomi yang penting.Sektor ini penting kerana sebahagian besar negara-negara Asia Pasifik adalah dikelilingioleh lautan yang luas khususnya Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber-sumber perikanan.

Selain itu, tradisi pemakanan penduduk Asia Pasifik yang menjadikan sumber perikanan sebagai protien utama untuk melengkapi sumber karbohidrat iaitu beras. Antara negara Asia Pasifik yang maju dengan sektor perikanan ialah Jepun, China, danThailand.

Bagi negara Malaysia, kegiatan perikanan merupakan salah satu sektor yangpenting kepada ekonomi negara, namun begitu kemajuan dalam sektor ini masih ditahapyang rendah dibandingkan dengan negara Jepun dan Thailand. Antara negara Asia Pasifik yang menjalankan aktiviti perikanan ialah sepertiVietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, dan Korea Utara serta negara-negaraOceania seperti Australia dan New Zealand. Aktiviti perikanan di negara-negara AsiaPasifik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

:Perikanan pinggir pantai
Perikanan laut dalam
Perikanan akuakultur

3.1 Perikanan Pinggir Pantai

3.1.1 Lokasi Perikanan

Perikanan pinggir pantai dijalankan di kawasan laut cetek iaitu di kawasan pentasbenua. Perikanan pinggir pantai di Malaysia misalnya dijalankan di kawasan perairanseperti di Laut China Selatan, Laut Sulu, Selat Melaka, dan Selat Tebrau. Jarak daripantai bagi menjalankan aktiviti perikanan pinggir pantai ialah tidak melebihi 32kilometer dan kedalaman air lautnya kurang daripada 180 meter.

3.1.2 Teknologi atau Peralatan Tangkapan

Kegiatan perikanan pinggir pantai diusahakan oleh nelayan pinggir pantai yangmasih bergantung kepada teknologi tradisional seperti pukat tangkul, pukat tarik, jala,pompang, bubu, bitol, pancing, kelong dan sebagainya. Nelayan pinggir pantai ini turunke laut pada awal pagi dan pulang dengan hasil tangkapan mereka pada waktu petang.Terdapat pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tenggiri, parang, bawal, bilis, udang,ketam, dan sotong.

3.1.3 Skala Pengeluaran

Hasil tangkapan bagi nelayan piggir pantai biasanya kecil dan sedikit. Hasiltangkapan lebih digunakan untuk keperluan harian keluarga dan selebihnya barulahdijual. Namun begitu pada masa kini konsep sara diri ini telah berubah, sebahagianbesar hasil tangkapan dijual dan sedikit sahaja digunakan untuk keperluan keluarga.Hasil jualan tangkapan ikan ini menjadi sumber pendapatan nelayan-nelayan pinggir pantai.Modal. Sebahagian besar nelayan pinggir pantai terdiri daripada golongan yang miskin. 

Disebabkan faktor tersebut, para nelayan pinggir pantai tidak mempunyaimodal yang cukup untuk mengusahak aktiviti perikanan secara besar-besaran.Kebanyakkan nelayan pinggir pantai terpaksa bergantung kepada orang tengahuntuk meneruskan kegiatan perikanan. Keadaan menyebabkan nelayanterikat dengan sistem hutang orang tengah. (golongan pemborong atau peraih).

Untuk membantu nelayan-nelayan pinggir pantai yang bermasalah ini,kerajaan Malaysia telah menyediakan bantuan modal, subsidi bot, dan pukat bagimembolehkan mereka mengusahakan kegiatan perikanan tanpa bergantungkepada orang tengah.
3.2 Perikanan Laut Dalam3.2.1 Lokasi Perikanan


Perikanan laut dalam dijalankan di kawasan perairan antarabangsaseperti di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Jarak dari pantai bagiaktiviti perikanan laut dalam ialah melebihi 32 kilometer dan kedalaman laut melebihi180 meter.

3.2.2 Teknologi atau Peralatan Tangkapan

Kegiatan perikanan laut dalam diusahakan oleh nelayan-nelayan yangterlatih dan bekerja secara khusus kepada sektor ini. Perikanan laut dalambergantung sepenuhnya kepada peralatan moden seperti kapal atau bot besar seberat 200 tan yang dilengkapi dengan radar pengesanan ikan, sistemtelekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat apollo,kemudahan dingin beku, dan kemudahan memproses ikan yang ditangkap.Nelayan biasanya berada di laut lebih daripada seminggu. Bagi nelayan lautdalam di negara Thailand dan Jepun mereka akan berada di laut dalam tempohberbulan-bulan. Pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tuna, tenggiri, bawal,merah, ikan paus, dan lain-lain.

3.2.3 Skala pengeluaran

Hasil tangkapan adalah banyak dan secara besar-besaran. Hasil tangkapandigunakan untuk jualan atau dieksport ke luar negara. Selain itu, hasiltangkapan juga digunakan dalam industri pengetinan ikan khususnya ikan sardin.6 Bagi sesetengah nelayan laut dalam, pengkhususan dalam tangkapan ikantelah dibuat. Misalnya hanya dibenarkan menangkap ikan tuna dan ikan paussahaja.

3.2.4 Modal

Modal yang digunakan oleh nelayan laut dalam adalah besar dansesetengahnya dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan. Modal yang besar perlu bagi pembelian bot berkuasa tinggi, pukat yang moden seperti pukattunda, sistem telekomunikasi canggih, dan bayaran upah kepada pekerja ataunelayan secara khusus.Di negara Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam telahdikhususkan di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti di Tanjung Api, (KuantanPahang), Kuala Kemaman (Terengganu), Tok Bali (Kelantan), dan Kuala Perlis(Perlis).

3.3 Perikanan Akuakultur 

Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Akuakultur menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Akuakultur yang dijalankan negara ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu:Perikanan air tawar Perikanan air payau dan air masin (marinkultur)

3.3.1 Lokasi kegiatan

Perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya,dan sawah padi. Manakala marinkultur pula dijalankan di muara sungai, payabakau atau paya nipah, pinggir pantai, atau teluk yang terlindung. Kawasanakuakultur yang popular di Malaysia adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang,Sabak Bernam di Selangor, Beluran di Sabah, Mercang dan Kuala Setiu diTerengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor.Jenis-jenis ternakanJenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada.Jika perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, talapia, karp, kelah,kaloi, udang galah, dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikansiakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau, dan lain-lain lagi

3.3.2 Teknologi atau Kaedah.

Industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan,ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus,makanan tambahan, rawatan air, clan pengurusan sistematik seperti mengasingkanikan mengikut saiz dan umur. Selain itu perikanan akuakultur juga turutmenggunakan alat dingin beku dan bekalan oksigen untuk menjamin ikansentiasa hidup ketika berada di pasaran.

3.3.3 Modal

Ternakan akuakultur yang diusahakan oleh pihak swasta biasanyamenggunakan modal yang besar. Contohnya ternakan udang harimau di Rompin,Pahang yang bertujuan untuk eksport. Manakala ternakan individu pula menggunakanmodal yang sedikit seperti yang diternak oleh nelayan tempatan di pinggir-pinggir pantaiatau muara sungai. Kebanyakan modal individu disalurkan oleh kerajaan secarapinjaman atau subsidi.

3.3.4 Skala Pengeluaran

Sebahagian besar Skala pengeluaran adalah untuk pasaran di dalam negara danluar negara. Penternakan kecilkecilan biasanya berorientasikan pasaran dalam negaraseperti di pasar tani atau pasar malam. Penternakan ini dilakukan secara kecil-kecilankerana dijadikan sumber pendapatan sampingan.Manakala penternakan yang dijalankan oleh syarikat swasta lebihberorientasikan eksport ke luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan, dan Korea. Antara ternakan akuakultur yang dieksport ke negara-negara tersebut adalah sepertiudang harimau, ikan siakap dan kerapu

3.4 Kaedah dan Alatan Penangkapan

Pukat merupakan salah satu daripada peralatan menangkap ikan secara tradisionalyang masih digunakan sehingga ke hari ini. Namun begitu secara tidak langsung,fungsinya kini dipertingkatkan lagi dengan adanya beberapa perubahan danpembaharuan yang dilakukan ke atas alat ini. Terdapat beberapa jenis pukat, antaranyaialah pukat sorong, pukat tunda, dan pukat rinau. Pukat biasanya digunakan oleh paranelayan kecil dan sederhana. Lazimnya pukat mempunyai lubang-lubang agar besar antara 4-6 inci.Pukat digunakan oleh nelayan laut dalam dengan menggunakan bot besar. Nelayan jenis ini akan pergi memukat pada masa alut tidak bergelora selama 3-5 hari. Hasiltangkapan adalah ikan yang lebih besar dan tangkapan lebih banyak.

3.4.1 Pukat Tarik

Pukat tarik biasanya digunakan oleh nelayan di Pantai Timur seperti Kelantan,Terengganu dan Pahang. Ianya berbentuk seperti sebuah bakul yang besar, malahan,pukat ini juga turut dikenali sebagai Pukat Payung. Pukat ini boleh digunakan dalamperairan dalam ataupun cetek airnya dan cara menggunakannya sama sahajaberbanding dengan pukat-pukat yang lain. Biasanya pukat tarik digunakan untukmendapatkan ikan yang lebih besar. Ikan-ikan yang biasa ditangkap denganmenggunakan pukat tarik ialah ikan kembong. Nelayan-nelayan di Pulau Pangkor,Pulau Ketam, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Pahang dan Terengganu banyakmenggunakan pukat tarik.

3.4.2 Pukat Bakul / Pompang

Pukat bakul berbentuk agak kecil jika dibandingkan dengan pukat-pukat yanglain. Asalnya pukat jenis ini dibiarkan terbuka disebabkan oleh bingkai yang terdapat disekeliling mulutnya. Sekarang ia dibuat daripada benang jaring yang boleh jugadipanggil sebagai pukat bakul berbingkai.Ia dipasangkan di dasar laut yang mempunyai permukaan lembut dan rata sertamenghadap ke arah arus yang deras. Pukat bakul atau lebih dikenali sebagai pompang


ini, hanya digunakan pada masa air pasang besar sahaja iaitu kira-kira 7-8 hari setiapbulan. Pompang di dalam air dipasangkan pada kayu pancang yang mengarah kepadaarus. Ini kerana apabila ikan berenang akan mengikut arus akibat ditolak oleh alurnyayang kuat. Ikan yang terperangkap dipukat terdiri daripada ikan kekek, ikan baja, udangdan lain-lain lagi.

3.4.3 Pukat Jerut

Pukat jerut berupa suatu dinding jaring yang panjangnya sehingga beberapakilometer, beserta dengan tali pemberat (tali kajar bawah) yang sama panjang ataulebih panjang daripada tali pelampung (tali kajar atas).Pukat jerut juga sebidang pukat yang mempunyai beberapa biji gelang yang digantungpada bahagian bawahnya. Gelang tersebut diperbuat daripada kayu, timah atau bendaberat yang lain seperti tembaga. Hari ini gelang tersebut diperbuat daripada sadur logam. Logam tahan karat yang berbentuk bujur, bersama mekanisme gelang yangdapat dibuka. Masyarakat Melayu dahulu lebih suka menggunakan tembaga asli untukmembuat gelang tersebut.

3.4.4 Pukat Rentang

Pukat rentang biasanya digunakan untuk menangkap ikan di kawasan muarasungai dan kawasan-kawasan pantai berteluk yang biasanya mempunyai lumpur. Pukatrentang biasanya digunakan untuk menangkap ikan belanak, ikan baja, ikan duri, ikangelama dan sembilang. Nelayan biasanya memancangkan kayu pancang di dalam air sebanyak 20 batang. Panjangnya kira-kira 3 meter setiap satunya.Nelayan-nelayan akan berdayung ke kawasan kurungan (lingkungan pukat tersebut)sambil mengetuk papan dan tin-tin kosong dengan tujuan menakutkan ikan-ikantersebut. Ikan-ikan yang berada di dalam ketakutan akan bertempiaran dan pada masayang sama akan merempuh pukat-pukat tersebut.Pukat rentang ini biasanya digunakan oleh nelayan yang menjalankan kegiatanmenangkap ikan secara kecil-kecilan. Namun terdapat juga nelayan yang  menggunakan pukat ini untuk aktiviti menangkap ikan secara komersial dengandipermodenkan mengikut kesesuaiannya kemampuan nelayan.

3.4.5 Pukat Sodok

Pukat sodok mempunyai dua cagak kayu yang panjangnya lebih kurang satumeter dan mempunyai pemegang yang sama panjang, namun hujung kedua-dua cagaksaling bersambung. Cagak ini dilengkung menggunakan sekeping kayu dan dawai yangberfungsi untuk menarik kedua-dua hujungnya bersama. Sekeping jaring dilekatkanpada bingkai ini, mendatar di bahagian hujung dan semakin melabuh ke arahpemegang. Setelah sampai pada penyilang, jaring terus ke bahagian belakangmembentuk satu kocek. Semasa digunakan, kocek ini digantung melalui satu gelung talidari pemegang, dan pengguna mengasingkannya dari bahagian pukat utama. Ikanyang ditangkap ditolak melalui gelung ini ke dalam kocek untuk disimpan di situ.Biasanya peralatan ini digunakan oleh orang perseorangan di kampung-kampung.

3.4.6 Pukat Sorong

Pukat sorong merupakan sejenis pukat yang berbentuk segitiga. Pukat sorongdigunakan untuk menangkap udang di tepi pantai semasa air mati. Pukat-pukat jenis initergolong dalam pukat yang merupai pukat tunda, sama ada dari segi bentuk ataupunfungsinya, namun ianya berbeza dari segi proses melabuhkannya di mana pukatsorong ditolak ke hadapan manakala pukat tunda pula ditarik.
Pukat-pukat bakuldikerjakan dengan tangan untuk menyauk ikan dan hidupan lain di dalam laut. Padamulanya pukat jenis ini dibuat daripada papan seperti bakul datar tetapi, selalunyapukat ini terbuka disebabkan oleh bingkai di sekeliling mulutnya. Pukat sorong yangasal bersaiz kecil jika dibandingkan dengan pukat sorong yang ada sekarang

.Operasi menyorong boleh dijalankan di waktu siang atau malam mengikutadanya kumpulan udang. Pada malam bulan gelap kegiatan ini tidak boleh dijalankan dikawasan air jernih kerana air laut akan mengeluarkan cahaya berkemutihmenyebabkan udang mengetahui datangnya pukat. Untuk mengatasi masalah ini nelayan menggunakan lampu yang terang kerana mata udang tidak dapat menahancahaya lampu dan menyebabkan udang tersebut tidak dapat melihat pukat yang telahdisorong.

Operasi menyorong pukat tersebut dijalankan oleh dua orang nelayan dipesisiran pantai. Setelah mengetahui tempat kumpulan udang, dua batang buluhditurunkan dan kain jaring dipasangkan kepada buluh. Pangkal buluh diikatkan padahaluan sampan, dan kedua-dua nelayan tadi akan turun ke dalam air yangkedalamannya yang biasa ialah di antara 1.2 meter hingga 1.5 meter.
 Di dalam air,nelayan akan memegang buluh tersebut supaya buluh itu akan sentiasa berada dalamkeadaan terbuka dan separuh tenggelam. Buluh akan disorong bersama sampan kehadapan dan udang-udang akan masuk ke dalam jaring dan seterusnya ke dalam kandul.

3.4.7 Bubu

Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulanperangkap. Ianya sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di persisiranpantai, lautan ataupun penduduk desa yang tinggal berhampiran dengan sungai.Walaupun bentuknya yang agak berbeza dengan mana-mana perangkap yang lainkerana saiznya yang agak kecil, namun ianya mudah dibawa dan senang diletakkan ditempat yang didapati banyak mempunyai ikan.

 Terdapat beberapa jenis bubu antaranyaialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Bubu merupakan salahsatu alat tangkapan tradisional Melayu yang masih kekal dengan bentuk asal dan ianyamasih digunakan sehingga hari ini.Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segibujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruhtapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapatsatu pintu masuk yang dipanggilinjap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinyaadalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapimenghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka danditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan.

 Pembuat bubu  hanya memerlukan kemahiran meraut dan menganyam buluh. Buluh tersebut perludipotong kecil-kecil secara memanjang dan diraut untuk menjadi bilah yang bolehdianyam. Bahagian atasnya dibentuk untuk dibuat lingkaran supaya dapat menyokongbuluh-buluh yang akan disatukan dengan pengadangnya.

Sehingga kini masih terdapat penduduk desa menggunakan bubu tradisionaluntuk menangkap ikan air tawar khasnya bagi memenuhi keperluan harian. Antara hasiltangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.Pada masa ini, bubu telah diubahsuai dan diperbuat daripada bahan-bahanlogam sesuai dengan penggunaannya untuk dilabuhkan di dasar lautan agar tahanlebih lama. Sungguhpun begitu, pembuatan bubu tradisional ternyata lebih mudah danmenjimatkan berbanding dengan bubu moden.

3.4.8 Jala

Jala merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kinimasih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yangsudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Oleh itu,penghasilannya masih diteruskan sehingga ke hari ini. 

Penduduk kampung pendalamanbiasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri.Ianya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyamanbenang menggunakan coban. 

Dikeliling jala diletakkan cincin besi sebagai pemberat.Teknik menebar jala dititik beratkan pada zaman dahulu, malah setiap upacarapenebaran jala dilakukan beramai-ramai dan diketuai oleh raja atau sultan. Dalamsetiap perahu terdapat satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung,seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung haluan danakan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala.Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil, diperbuat daripadabenang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atautigalengan panjangnya, manakala bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas

panjangnya. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas.

3.4.9 Kelong

Kelong merupakan batang nipung yang dipacak berbaris-baris di dalam dasar laut dan hujungnya timbul di permukaan. Kelong akan menghadap arus laut untukmemerangkap ikan ke dalamnya. Kawasan kelong yang telah ditanam cerucuk nibongataupun kini digunakan kayu dan besi akan dipasang dengan jala bertujuan untukmemerangkap ikan setelah dipukul ombak mengikut arus laut.Kawasan ini akan dibekalkan dengan pencahayaan yang mencukupi pada waktumalam dengan tujuan untuk menarik ikan masuk ke dalam kelong dan sekaligusmemerangkap ikan tersebut di kawasan jala. Kelong pada kebiasaannya popular dikawasan pantai barat semenanjung yang berombak sederhana dan tidak mengalami musim tengkujuh yang ketara .

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4