Isnin, Oktober 08, 2018

TNTI:MEMAHAMI BATUAN DI MALAYSIA

Batuan di Malaysia

Batuan adalah sebatian daripada satu atau berbagai jenis mineral yang terbentuk secara
semulajadi di dalam kerak bumi. Ia terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu Batuan Igneus,
Batuan Sedimen dan Batuan Metamorf. Batuan Igneus terbentuk dari hasil penyejukan
magma yang menerobos naik ke permukaan bumi dan masa yang diambil untuk
penyejukan memainkan peranan penting dalam pembentukan struktur batuan. Batuan
Sedimen terbentuk hasil pemendapan bahan-bahan yang terangkut dan terlarut di dalam
pelarut yang melalui kawasan batuan yang mengalami proses hakisan dan luluhawa.
Batuan metamorf terhasil dari proses pemanasan dan pemampatan batuan igneus dan
sedimen pada suhu dan tekanan amat tinggi yang berlaku pada jangka masa yang panjang.
Proses ini mengubah komposisi, struktur, kekerasan dan warna batuan asal kepada batuan
transfomasi baru.

  
APLIT
Batuan Igneus yang mengisi retakan dan telerang. Biasa di temui di kawasan batuan Intrusif terutama dibahagian luar atau zon sentuhan. Berwarna cerah,bersaiz halus dan terdiri daripada mineral kuarza,felspar alkali dan mika. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan
Ulu Kinta Perak

 BASALT
Batuan jenis ini pula mempunyai persamaan dengan gabro dari segi kandungan mineral yang sama ( jenis basik – kandungan silika 45 – 52%) dan perbezaan pada saiz butiran yang lebih halus (<1mm akibat="" antara="" berwarna="" besar="" biasanya="" boleh="" bumi.="" bumi="" daik="" dalam="" dan="" di="" didapati="" ditemui="" gebeng="" gelang="" halus="" hitam="" ia="" ialah="" jika="" kawasan="" kehijauan="" kelabu="" kemerahan="" kepada="" kuantiti="" lautan.="" membentuk="" mudah="" muncul="" p="" pahang="" pantas="" penyejukan="" permukaan="" proses="" pulau="" sebagai="" sekiranya="" sekitar="" serta="" sil="" tanjung="" teksturnya="" telah="" tempat="" tengah="" terdedah="" terengganu.="" udara="" yang="">



 

BATU ARANG
 
Hasil proses pemendapan dan pengumpulan bahan karbon organisma hidup iaitu tumbuhan dan haiwan yang mengambil masa beribu tahun. Pemendapan dan pengumpulan bahan karbon ini berlaku akibat dihalang oleh bahan yang kedap udara seperti lumpur dan paya. Setelah jumlah yang banyak, sumber karbon ini menjadi keras dan memejal kepada sejenis batuan. Ia mempunyai saiz butiran karbon yang sangat halus <0 .005mm="" 60="" 75="" adalah="" agak="" air="" antara="" antrasit="" apabila="" api="" arang="" b="" bahan="" batu="" batuan.="" batuan="" berkilat="" berminyak="" berwarna="" biasanya="" bitumin="" cerah.="" dan="" dapati="" dari="" di="" dikeluar="" eat="" gambut="" halus="" hitam="" ialah="" jisim="" kandungan="" karbon="" kawasan="" kebanyakan="" keberkesanan="" kedua="" kelabu="" kepada="" keseluruhan="" ketiga="" licin.="" lignit="" mengikut="" merujuk="" merupakan="" mudah="" pembakaran="" pembentukan="" peningkatan="" per="" perang="" peratusan="" pertama="" proses="" sarawak="" sekitar="" selangor="" semasa="" sumber="" tahap="" tekstur="" tempat="" terakhir="" tersebut.="" yang="">.


 BATU LODAK / SILTSTONE
 
Batu lodak merupakan batuan sedimen berbutiran halus dimana ianya terjadi daripada lumpur dan tanah liat. Saiz butiran batuan ini mencecah 0.0625mm menyebabkannya sukar dikenal pasti tanpa menggunakan mikroskop. Batu lodak boleh dijumpai dalam warna hitam kelabu, putih, perang, merah, hijau gelap atau biru. Ia terjadi apabila lumpur atau tanah liat termendap dan berlakunya
penambahan tekanan dari semasa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan batuan ini mempunyai bentuk berlapis yang tersusun dengan rapi. Antara tempat yang boleh ditemui ialah di Bukit Merah, Perak.

  

BITUMEN
 
Bitumen merupakan campuran cecair organik berwarna hitam, melekit dan melarut dengan sepenuhnya di dalam karbon disulfida. Walaupun dikatakan campuran cecair, bitumen wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik dan akan menjadi cecair apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi. Ini kerana ia mempunyai takat lebur yang tinggi iaitu sehingga 525°C (977°F). kebanyakan bitumen mengandungi sulfur dan beberapa mineral berat yang lain seperti nikel, vanadium, chromium, merkuri dan juga arsenic, selenium dan beberapa elemen bertoksik yang lain. Bitumen banyak digunakan dalam produk kalis air, penurapan jalan, dan sumber petroleum.

  


BATU KAPUR / LIMESTONE
 
Banyak jenis batu kapur yang mudah diperolehi yang terdiri mineral kalsit. Biasanya berwarna cerah seperti putih, perang, kuning dan kelabu. Mempunyai tekstur halus hingga kasar bergantung kepada tahap tindakbalas kimia yang berlaku dan keadaan semasa pemendapan berlaku. Biasanya terdapat fosil di dalam batuan jenis ini yang merupakan hidupan laut dan bahagian tumbuhan. Jenis-jenis batu kapur ialah batu kapur berfosil, kapur, batu kapur lumpur dan dolomit. Kapur dibentuk dari 100% batu kapur tulen yang terbentuk di zaman (Cretaceous) di sekitar 141 –65 juta tahun dahulu. Ia dibentuk di kawasan air jernih yang banyak dihuni oleh alga dan plankton, oleh itu banyak fosil boleh ditemui. Dolomit pula merupakan batu kapur yang mengandungi banyak magnesium. Biasanya berwarna kuning, perang dan merah jambu. Mempunyai bentuk yang khusus dan tekstur yang pelbagai. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan Batu Cave, Selangor dan Ulu Kinta Perak.


 

BATU KAPUR HITAM/BLACK LIMESTONE
 
Perbezaan ketara di antara batu kapur dan batuan ini ialah peratusan kandungan unsur karbon di dalamnya. Kehadiran karbon yang tinggi menyebabkan warna batu kapur ini menjadi gelap dan hitam. Selain dari itu, semuanya mempunyai persamaan dengan batu kapur biasa. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Simpang Pulai Perak.

  

BATUAN TURMALIN-KORUNDUM
 
Batuan ini jarang ditemui ditempat lain kecuali terdapat dengan banyaknya di kawasan Lembah Kinta. Kandungan mineral utamanya ialah turmalin yang berwarna hitam dan roset korundum yang pelbagai warna seperti putih, kelabu, biru dan perang. Ia sangat keras dan berat dan mempunyai bentuk pelbagai bergantung kepada tahap kesan luluhawa kepada batuan tersebut. Biasanya ia
mempunyai lubang yang ditinggalkan oleh roset korundum akibat tertanggal selepas mengalami proses luluhawa. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan Simpang
Pulai, Perak dan Gambang, Pahang.

  

BRECCIA
 
Breccia merupakan sejenis batuan sedimentari yang terbentuk hasil daripada penyimenan batuan yang lebih halus yang biasanya bersaiz kelikir (gravel). Breccia terbentuk hasil daripada proses penyimenan daripada tindakan air udara dan tindakan tumbuhan dan haiwan. Ianya sama seperti batuan konglomerat dari segi kejadian dan saiz butirannya. Cuma apa yang membezakannya adalah bentuk butiran yang terdapat pada batuan breccia ini yang bersudut sedangkan konglomerat pula mempunyai bentuk butiran yang membulat. Antara tempat yang boleh ditemui adalah di Maran, Pahang.


 

CHERT/BATU RIJANG
 
Terbentuk dari pemendapan koloid silika terhidrat dari jenis kalsidoni (kuarza kriptokristalin) yang rata, berlapis-lapis dan mempunyai serpihan. Mempunyai saiz butiran yang sangat halus hingga sukar dikenalpasti di bawah mikroskop akibat pemendakan dari larutan silika. Kebanyakan mempunyai warna yang pelbagai seperti putih, perang, kelabu dan hitam. Seringkali juga terdapat fosil di dalam batuan jenis ini. Sering digunakan sebagai senjata tajam di zaman batu kerana kekerasan dan bentuk yang bersegi menarik. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan Bukit Paku, Klian Intan, Perak dan kawasan Kuala Ketil-Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu dan Kampung Parit, Perak

 
 







DIORITE
 
Ia mempunyai kandungan silika yang rendah, dalam kategori igenus basik dan kandungan mineral lain yang sama seperti granit iaitu felspar plagioklas dan hornblend yang tinggi tanpa atau kurang
kehadiran kuarza dan felspar ortoklas. Mineral sampingan yang biasa dijumpai ialah biotit, piroksen, apatit, oksida besi dan sfen. Ia mempunyai saiz butiran yang kasar secara purata, tekstur yang kurang jelas keadaannya dan warna yang gelap seperti hitam dan kelabu dengan sedikit warna putih kuarza atau felspar. Biasanya diorit ditemui sebagai daik dan stok di permukaan kerak bumi.

 FILIT / PHYLLITE
Batuan jenis ini merupakan hasil dari proses metamorf bergred rendah yang dibentuk dari batuan jenis syal yang telah lama berada pada kedalaman yang tinggi. Ia mempunyai bentuk yang berkeping akibat kehadiran muskovit di dalam batuan asal. Mempunyai warna yang cerah seperti merah, perang dan putih berbelang hitam. Ia juga mudah dipecahkan kerana rapuh dan berlapis-lapis. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Kuala Abang, Terengganu.

  

GABBRO
 
Mengandungi kandungan mineral yang sama dengan diorit cuma yang membezakannya ialah jenis felspar plagioklas kalsik. Mempunyai saiz butiran yang halus (5mm – 3cm) dengan tekstur yang kasar. Kebanyakannya berwarna hitam, kelabu dengan tompok putih yang kecil. Sering juga mempunyai mineral yang bersatu dengan batuan ini seperti augit, olivin, biotit, hondblend, serpentin. Mudah didapati di kawasaan gunung berapi tua di permukaan bumi. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan Sungai Ruan, Pahang dan Pulau Aur di
Mersing, Johor.

  

GNEISS
 
Gneiss merupakan sejenis batuan metamorf yang berasal daripada batuan igneus atau sedimen yang mana tertanam jauh kedalam bumi dan mengalami tekanan dah pemanasan pada suhu yang tinggi. Kebanyakan gneiss yang biasa dijumpai adalah terdiri daripada granit, diorit dan syis. Ia mempunyai tekstur kasar, berjalur dan mempunyai warna dari putih hingga ke kelabu gelap. Mineral yang terdapat pada batuan ini bergantung pada batuan asalannya. Walaubagaimanapun mineral yang biasa boleh dijumpai adalah seperti feldspar dengan kuarza, mika, hornblend dan garnet.

  

GRANITE MIKRO
 
Mempunyai kandungan mineral yang sama seperti granit porfir iaitu kuarza 20 – 40%, felspar ortroklas
yang tinggi dan mineral sampingan cuma mempunyai saiz
butiran mineral 2 - 4 mm secara puratanya. Tekstur batuan ini
halus dan seragam. Mempunyai warna putih, kelabu dan merah
jambu jika diserta oleh felspar yang berwarna merah jambu.
Biasanya batuan ini wujud sebagi instrusi granit kecil yang muncul di kawasan gunung berapi. Ia juga tergolong dalam kategori batuan igneus berasid. Kegunaan batuan jenis ini ialah sebagai bahan pembinaan bangunan, jalan raya dan kepingan jubin jika bersaiz besar. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan jalan raya Cameron Highland Simpang Pulai Perak






GRANITE PORFIR / PORPHYRY
Hasil dari gabungan dari kuarza 20 - 40%, felspar ortoklas dengan sedikit mineral seperti biotit, amfibol, piroksen dan turmalin. Ia mempunyai saiz butiran yang sangat kasar iaitu >3cm. Mempunyai tekstur kasar porfiritik feldspar ortoklas berbanding saiz mineral lain. Warnanya lebih kelihatan putih dan kelabu yang menunjukan kehadiran kuarza dan felspar yang berlebihan. Ia biasanya wujud sebagai instrusi granit besar di kawasan pergunungan gunung berapi. Ia di kategorikan sebagai batuan igneus berasid kerana kandungan silika melebihi 66%. Banyak mineral ekonomi turut bersatu dengan batuan ini seperti kasiterit dan wolframit. Kegunaan utama batuan jenis ini ialah dijadikan agregat untuk bahan pembinaan jalan, bangunan dan empangan.


JED / JADE
Jed adalah merupakan sejenis batuan metamorf yang terhasil daripada mineral silika yang berlainan. Nama jed diambil daripada perkataan sepanyol iaitu piedra de ijada yang bermaksud batu pinggang (loin stone). Jed terbentuk daripada hampir keseluruhannya jadeit iaitu sejenis pyroxene yang kaya dengan sodium dan aluminium. Terdapat satu lagi jenis jed yang dikenali sebagai jed nephrit (nephrite jade). Ia agak sedikit berbeza dengan jed tadi dimana ia terhasil daripada matrik fiber kalsium mikrokristalin yang saling mengunci. Perkataan nephrit ini pula diambil daripada perkataan lapis nephtiticus, iaitu piedra de ijada versi latin. Nephrit boleh dijumpai dalam warna krim dan juga hijau manakala jadeit pula mempunyai lebih warna termasuk biru, ungu lavender, merah jambu dan hijau. Antara tempat yang boleh ditemui adalah di Bukit Ibam, Pahang.



KONGLOMERAT / CONGLOMERATE
Sejenis batuan sendimen yang terbentuk dari proses penyimenan ketulanbatuan lain atau hablur mineral (matrik) yang telah dibawa oleh air, udara atau tindakan tumbuhan dan haiwan. Ia mempunyai saiz butiran dan warna yang pelbagai bergantung kepada saiz dan jenis ketulan batuan dan mineral seperti kuarzit, kuarza, cert dan lain-lain yang disimen oleh kalsit atau silika. Biasanya berwarna merah, putih, hitam dan kelabu. Ia mudah dijumpai di dasar tasik, sungai dan pantai. Walaupun ia merupakan batu sedimen, fosil jarang dijumpai di dalam batuan jenis ini. Antara tempatmudah didapati ialah di sekitar kawasan Empangan Muda dan Pedu, Kedah serta Mersing Johor.



KUARZIT / QUARTZITE
Ia berasal dari batuan jenis batu pasir cuma ia telah mengalami proses penstrukturan semula mineral akibat dari tekanan dan haba yang diberikan semasa proses metamorf. Ia mempunya saiz butiran yang sederhana kasar dan tekstur yang halus akibat pemampatan hablur mineral. Ia mengandungi banyak kuarza dengan sedikit felspar, mika dan mineral surih. Warnanya putih, perang, kelabu dan merah jika banyak mineral sampingan. Dijumpai di kawasaan yang pernah mengalami proses pemendakan dan proses penyesaran atau pemampatan kerak bumi. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Hulu Kinta dan Gunung Kumbo, Perak.




KUARZA MIKA-SYIS 
Merupakan peringkat seterusnya hasil dari proses metamorf syal ke filitdan ke kuarza - mika – syis. Perubahan ini berlaku kerana peningkatantekanan dan suhu disamping kedudukan filit yang tidak berubah selepasberlaku proses metamorf pertama. Ia mempunyai kandungan yanghampir sama tetapi bentuk yang berbeza iaitu mempunyai laminasiberombak yang nipis (syistositi), kepingan muskovit yang kurang jelas,serpihan kuarza yang halus dan warna yang lebih cerah dengan warna merah, jingga, perang dan kilauan
dari hablur muskovit dan kuarza. Ia juga mudah pecah jika ditekan kerana struktur antara hablur yang
tidak kuat. Batuan ini boleh ditemui di Temangan, Kelantan dan Kubu Legap, Sungai Siput Perak.



MARMAR / MARBLE
Merupakan sejenis batuan metamorf yang bergred rendah yang terbentuk dari batu kapur. Ia mempunyai saiz butiran yang sederhana kasar dengan bentuk hablur kalsit di samping mineral surih yang jelas kelihatan akibat penghabluran semula semasa proses pemanasan dan pemampatan di dalam kerak bumi. Ia lembut dan mudah dibentuk mengikut ukiran yang dikehendaki. Mempunyai pelbagai warna dari putih, hitam, merah dan kuning.
Bagi gred yang rendah kemungkinan mempunyai fosil adalah tinggi. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Pulau Langkawi, Kedah dan Simpang Pulai, Perak.


 
OBSIDIAN
Obsidian biasanya wujud sebagai sebatian berkaca di dalam batuan igneus ekstrusif. Obsidian adalah hasil daripada lava gunung berapi yang mengalir kedalam air laut atau sungai berhampiran. Keadaan ini menyebabkan lava tersebut menyejuk dengan cepat lalu menjadikannya tekstur batuan yang berkaca. Kehadiran ferum dan magnesium menjadikannya berwarna dari hijau gelap, perang gelap hingga ke hitam. Ia mempunyai kekerasan 5-5.5 dan gravity tentu puratanya 2.6. Masyarakat pada zaman dahulu banyak menjadikan obsidian sebagai peralatan memotong, senjata dan juga upacara-upacara tertentu. Ia juga boleh dijadikan batu permata dan juga barangan ukiran.





PEGMATITE
Mempunyai kandungan mineral hampir sama seperti granit tetapi
mineral utama ialah felspar orthoklas, diikuti kuarza, muskovit dan
mineral ekonomi yang biasa ditemui seperti beryl, kalkopirit, korundum, fluorite, galena, rutil dan topaz. Ia mempunyai saiz butiran yang kasar iaitu kira-kira >3cm dan tekstur yang secara relatifnya agak kasar. Mempunyai warna yang pelbagai bergantung kepada warna mineral ekonomi yang jelas kelihatan dan warna felspar. Biasa ditemui di kawasan gunung berapi yang aktif dan telah mati. Kawasan ini biasanya menjadi kawasaan lombong dan kuari berharga. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitar kawasan Bukit Mor, Muar Johor.


 
PUMIKA / PUMICE
Pumika mendapat nama daripada perkataan latin pumex yang bermaksud buih. Ia terjadi apabila lava yang mengandungi kandungan air dan gas yang tinggi meletus keluar dari gunung berapi. Apabila lava tersebut menyejuk dan mengeras, ia akan membentuk sejenis batuan yang ringan dan mempunyai rongga-rongga udara padanya. Pumika sangat ringan dan merupakan satu-satunya batu yang boleh terapung diatas air. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan air akan memasuki kedalamnya melalui rongga-rongga udaranya lalu menyebabkannya tenggelam. Pumika biasanya mempunyai warna dari putih, krim, biru atau kelabu, ke hijau keperangan atau hitam. Ia banyak digunakan dalam konkrit yang ringan, pemadam pensil, penggelupas kosmetik (scrubbing), sabun lava (pumice soap), barangan pedicure untuk menghilangkan kulit kering dan kasar dan juga dalam sesetangah ubat gigi dan pembersih yangan sebagai bahan pelelas.




RIOLIT / RHYLIOTE
Batuan jenis ini mempunyai kandungan mineral yang serupa dengan granit iaitu berasid kecuali saiz butiran yang sangat halus iaitu <1mm ada="" aktif.="" antara="" banyak="" beraliran="" berapi="" berwarna="" biasa="" biasanya="" dan="" dapati="" dari="" dengan="" di="" dijumpai="" dikeluarkan="" dikenalpasti="" gunung="" hanya="" hingga="" hitam="" ialah="" jarak="" jika="" jumlah="" kasar.="" kawasaan="" kawasanlancang="" kegunaan="" kelabu="" kerana="" lava="" licin="" mata="" membuktikan="" mempunyai="" mudah="" p="" pada="" pahang="" pantas="" pendek="" pengerakan="" penyejukan="" proses="" puncanya.="" putih.="" sebagai="" sedikit="" sekitar="" setelah="" sukar="" tekstur="" tempat="" tiada="" yang="">


SERPENTINITE
 Merupakan batuan igenus sekunder lampau basik yang mempunyaikandungan silika rendah kurang dari 45%. Ia mempunyai kandungan mineral utamanya iaitu serpentin, hornblend, besi oksida, mika dan kadang kala dengan garnet. Teksturnya yang kasar tetapi mempunyai warna yang menarik akibat kehadiran mineral berwarna seperti olivin (hijau), mika (putih berkilat), besi oksida (hitam, merah dan perang) dan garnet (pelbagai). Kegunaan utama batuan jenis ini ialah untuk arca dan jubin dinding serta jubin lantai. Kebanyakan batuan ini dijumpai sebagai stok di dalam permukaan bumi. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Kuala Mu, Sungai Siput, Perak dan Bukit Ibam, Pahang.



SYENIT
Merupakan batuan igneus sederhana (52 – 66% silika) yang mempunyai saiz butiran halus iaitu 5mm –3cm. Teksturnya halus dan seragam. Mineral yang ada pada batuan ini ialah kuarza kira-kira 10%, dan selebihnya mineral sampingan seperti zirkon, biotit, apatit, augit. Warna batuan ini dipengaruhi oleh warna mineral sampingan yang paling ketara kehadiranya seperti zirkon
(merah) dan biotit (hitam). Syenit merupakan batuan igneus plutonik yang kurang ditemui di permukaan kerak bumi. Biasanya digunakan sebagai kepingan jubin kerana warna yang menarik dan cantik. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Benta dan Lancang, Pahang serta Bahau,Negeri Sembilan.

 


SYAL / SHALE
Merupakan batuan sendimen yang terbentuk dari pemendapan lumpur halus yang mempunyai julat saiz <0 .005mm.="" atau="" berlapis="" berserta="" br="" cuaca="" dan="" dari="" disamping="" felspar="" fosil="" hablur="" hadir="" haiwan="" halus="" hasil="" itu="" juga="" kaolinit="" kompleks="" lumpur="" merupakan="" mika.="" mineral="" mungkin="" pengluluhawaan="" proses="" silikat="" teksturnya="" terhadap="" tertinggal="" tumbuhan.="" yang=""> proses pemendapan berperingkat di dasar tasik, kuala sungai dan tebing sungai. Warna batuan jenis ini biasanya hitam yang disebabkan kehadiran unsur karbon, perang dan kemerahan akibat dari besi oksida dan warna hijau serta kelabu. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar kawasan Kuala Ketil -Sungai Petani, Kedah.

SYAL BERKARBON
Syal Berkarbon merupakan sejenis batuan yang mempunyai kandungan unsur karbon yang tinggidi dalam proses pembentukannya. Berasal dari lumpur yang dimampatkan oleh
proses yang memakan masa beribu tahun. Mudah diperolehi di kawasan tasik dan sungai yang mempunyai sumber karbon yang tinggi. Kemungkinan batuan ini mempunyai fosil adalah tinggi. Antara tempat mudah di dapati ialah di sekitarkawasan Tengaruh Mersing Johor.



SYIS BERGRAFIT
Ia merupakan hasil dari proses metamorf batuan jenis syal berkarbon. Akibat proses pemanasan yang berlaku, karbon yang terdapat di dalamsyal menjadi grafit yang mengotorkan tangan jika dipegang.Mempunyai warna yang gelap seperti hitam dan kelabu dengan sedikit kilauan. Ia berbentuk kepingan yang rata dan berombak bergantung kepada bentuk syal asal. Mudah dipatahkan dan boleh digunakan
sebagai alat tulis. Antara tempat mudah didapati ialah di sekitar
kawasan Lebuhraya Timur Barat.


TUFF
Batuan jenis ini merupakan pemaduan abu gunung berapi yang dikeluarkan semasa proses letusan gunung berapi aktif. Ia mengandungi pelbagai jenis mineral yang halus seperti kaca semulajadi, serpihan mineral dan hablur mineral. Saiz butiran sangat kecil hingga <1mm antara="" baru="" berapi="" berkilat.="" biasanya="" bukit="" bumi.="" dalam="" damar="" dan="" dapati="" dari="" dengan="" di="" dibawa="" dijumpai="" dikenalpasti="" gunung="" hijau.="" hitam="" ia="" ialah="" jarak="" jatuh="" kasar="" kawasaan="" kawasan="" ke="" kelabu="" kilometer="" letusan="" licin="" mata="" meletus="" memejal="" mempunyai="" mudah="" oleh="" p="" panas="" perak.="" putih="" ratusan="" rik="" rui="" sebelum="" sehingga="" sekitar="" setelah="" sukar="" sungai="" tekstur="" tempat="" tompok="" tuff="" udara="" warna="" yang=""> 

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4