Rabu, Oktober 17, 2018

TNTI:MEMAHAMI PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN

penduduk n pembangunan

Penduduk dan Pembangunan
  1. Lukis Rajah model peralihan demografi
  2. Apakah yang dimaksudkan model peralihan demografi?
  3. Apakah  ciri-ciri demografi pada peringkat 1, 2, dan 3
  4. Bagaimana Peringkat-Peringkat Peralihan Demografi Dapat Menggambarkan Tahap Pembangunan Sesebuah Negara.
5.    Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara  Membangun Dalam Konteks Model Peralihan Demografi

6.    Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara  Maju Dalam Konteks Model Peralihan Demografi 


**************


  TEORI/MODEL PERALIHAN
DEMOGRAFI

1.Bagaimana Peringkat-Peringkat Peralihan Demografi Dapat Menggambarkan Tahap Pembangunan Sesebuah Negara.
Peringkat 1 : Peringkat Pra Perindustriaan. ( Masyarakat Pertanian )
            Tahap pembangunan sosio ekonomi yang mundur. Bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian berintensif buruh ( masyarakat agrarian – ekonomi sara hidup ).
            Pergantungan kepada teknologi tradisional sahaja. Pembangunan sumber alam dan sumber manusia amat perlahan. Sumber alam tersimpan sebagai stok sahaja. Dibelenggu dengan masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
            Pembanguan  social juga mundur. Taraf kesihatan rendah, jangka hayat rendah, kadar kematian tinggi, taraf pendidikan rendah, kadar buta huruf tinggi, masalah ketidakstabilan politik dll.Diwakili negara mundur pada masa kini atau zaman pra perindustriaan di Eropah.
Peringkat  II : Peringkat Awal Era Perindustriaan.
( Peralihan Masyarakat   Pertanian Ke Perindustriaan )
            Pembangunan sektor ekonomi moden, khususnya sektor perindustriaan dan perkhidmatan mula berkembang. Tidak semata-mata bergantung kepada
sektor pertanian.Sumber alam mula dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang pekerjaan bertambah. Pendapatan perkapita dan taraf hidup meningkat.
Pembangunan sosial meningkat. Taraf kesihatan penduduk bertambah baik. Jangka hayat bertambah. Kadar kematian menurun. Taraf pendidikan meningkat dan kadar buta huruf menurun. Berlaku kepesatan  pembangunan fizikal (kemudahan asas). Pembangunan Bandar juga berkembang pesat.Diwakili sebahagian besar negara sedang membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
           
Pada peringkat akhir, negara menuju ke negara industri yang maju. Sebahagian besar bergantung kepada sektor perindustriaan dan perkhidmatan. Diwakili negara-negara perindustriaan baru (NIC) seperti Korea Selatan dan Taiwan.
Peringkat  III : Peringkat Kestabilan.
( Masyarakat Perindustriaan  Sepenuhnya )
           
Pembangunan sektor ekonomi yang lebih mantap dan berkembang maju.  Sektor perindustriaan dan  perkhidmatan mendominasi sepenuhnya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi.. Kadar pengangguran rendah.Pembangunan sumber alam secara optimum dengan adanya teknologi yang tinggi.
           
Pembangunan sosial yang tinggi. Masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Taraf kesihatan yang amat baik. Jangka hayat yang tinggi. Kadar kematian amat kecil. Penduduk berada pada tahap optimum. Pembangunan pembandaran amat tinggi. Wujudnya megalopolis seperti di Jepun.Diwakili negara-negara perindustriaan maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan lain-lain.
2.Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara  Membangun Dalam Konteks Model Peralihan Demografi
Kadar kelahiran tinggi manakala kadar kematian menurun dengan cepat. Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk meningkat dengan mendadak pada peringkatan pertengahan model/ teori tersebut.
Kadar kelahiran tinggi kerana kegagalan  perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh manusia. Penurunan kadar kematian disebabkan taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan mencukupi dan politik yang stabil.
Pada peringkat akhir, pertumbuhan semulajadi atau kadar kelahiran mulai menurun disebabkan perkembangan industri dan teknologi yang pesat. Kebergantungan kepada tenaga buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden, berpendidikan tinggi, mementingkan kerjaya, keberkesanan amalan perancangan keluarga, perkahwinan lewat dan lain-lain.
    
3.Ciri-Ciri Penduduk Sebuah Negara  Maju Dalam Konteks Model Peralihan Demografi
Kadar kelahiran  dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah. Pertumbuhan semulajadi penduduk juga terus menurun menuju ke sifar atau juga mungkin pertumbuhan penduduk menjadi stabil dan mantap.
Keadaan ini disebaabkan taraf kesihatan dan perubatan moden bertambah maju yang berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk. Penyakit berbahaya yang membawa kematian berjaya dikawal dengan penemuan vaksin baru.
Selain itu, masyarakatnya berpendidikan tinggi, berkerjaya, pentingkan status quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dll. Contoh negara Jepun, USA, Peranchis, Sepanyol dan lain-lain.
KESIMPULAN:-
Model Peralihan Demografi : graf garis
a; peringkat 1 : kadar kelahiran tinggi, kematian tinggai, pertumbuhan rendah.
b. peringkat 2 : Kadar kelahiran tinggi, kematian rendah. Pertumbuhan penduduk meningkat
c. peringkat 3: kadar kelahiran rendah, kematian rendah, pertumbuhan penduduk stabil/rendah
  1. Perubahan yang berlaku berkaitan dengan penduduk ada 3 peringkat (ekonomi/sosia0
  2. peringkat 1 : pertanian : mundur . sosial rendah
  3. peringkat 2: perindusrian : Maju . sosial baik
  4. peringkat 3 : masyarakat stabil : industri/perkhidmatan : sosial –bertambah baik
  5. dari segi ciri-ciri penduduk

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4