Rabu, Oktober 17, 2018

TNTI;NOTA RINGKAS GEOGRAFI GELINCIRAN /LIPANA/HANYUTAN BENUA PENGGAL 1

Lipatan
  • merupakan btk alunan yg tdpt pd batuan kerak bumi akibat daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat2 tektonik

Gunung lipat
  • gunung yg thasil drpd kuasa himpitan dan mampatan dr 2 arah yg bertentangan mybbkan bahagian tengah tertolak, terhimpit ke atas
  • kuasa dihasilkan oleh arus perolakan dlm mantel luar

Proses pembentukan lipatan kerak bumi
  • Punca tenaga arus perolakan lapisan mantel
    • Arus perolakan dalam mantel akan menghasilkan daya mampatan dan daya tarikan ke dalam bumi apabila sel-sel perolakan bertemu dan bergerak ke bawah.
    • Daya ini akan memampatkan kerak bumi sehingga menghasilkan kedutan.
  • Pertembungan antara plat benua.
    • Pertembungan antara plat benua akan menyebabkan salah satu plat termusnah dan satu lagi akan terjulang ke atas membentuk kawasan gunung lipat.
    • Contohnya apabila plat India bertembung dengan plat Eurasia membentuk banjaran Himalaya.

Bmb yg terhasil
  1. Lipatan simetri
  • mpy cerun yg seimbang di kedua2 belah
  • terjadi akibat tindakan daya mampatan yg sama kuat di kedua2 belah kerak bumi
  1. Lipatan asimetri
  • mpy satu cerun yg lebih curam berbanding dgn cerun bersebelahnya yg lebih landai
  • terjadi disbbkan daya mampatan yg lebih kuat di sebelah shj manakala sebelah lagi daya mampatan agak lemah
  1. Nappe
  • terhasil akibat daya mampatan yg terlalu berat sebelah mybbkan rekahan satu rusuk tertolak ke hadapan dan bertindih dgn rusuk yg satu lagi

Ciri gunung lipat tua dan muda
  • Tua
    • terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
    • Kws stabil
    • Proses penggondolan yang giat menyebabkan gunung menjadi lebih rendah dan gondol
    • juh drpd lingkaran Pasifik
    • Contoh: Banjaran Appalachian, Banjaran Ural dan Banjaran Titiwangsa.
  • Muda
    • Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
    • Tinggi, kasap, dan tidak stabil.
    • Masih mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi
    • dekat lingkaran Pasifik
    • Contoh: Banjaran Rocky, Banjaran Andes dan Banjaran Himalaya

Kesan proses lipatan
  • Gunung lipat
    • mrujuk kpd bahagian kerak bumi yg dipaksa naik ke atas semasa berlakunya proses lipatan
    • bhg ini dikenali sbg antiklin mbtk kemuncak gunung lipat
    • tdpt 2 jenis sistem gunung lipat iaitu lipat muda dan lipat tua
  • Lurah
    • semasa lipatan terjadi, bahagian batuan lemah akan dipaksa ke bawah
    • bhg yg dipaksa ke bawah dikenali sbg sinklin yg kemudiannya mbtk lurah gunung lipat
  • Cerun lipatan
    • mrujuk kpd cerun yg terhasil antara gunung lipat dgn lurah gelinciran
    • tdpt cerun yg curam dan kadang kalanya landai bergantung kpd jenis lipatan

Kepentingan gunung lipat thdp aktiviti manusia
  • Pelancongan – suasana indah
  • Kws tadahan air hujan – bekalan air utk manusia
  • Pertanian – cuaca yg sesuai, suhu rendah dan kelembapan udara yg tinggi
  • Ekologi – mpy pelbagai flora&fauna, utk kajian
  • Pbinaan stesen satelit – kws tinggi

================================================================================
Gelinciran
  • proses perubahan kddk lapisan kerak bumi dr tempat asalnya secara mdatar atau mnegak yg dihasilkan oleh daya mampatan atau regangan

Jenis gelinciran
  1. gelinciran biasa
  2. gelinciran songsang/julang
  3. gelinciran mendatar/rabak

Kesan gelinciran – gempa bumi, letusan gunung berapi, tanah runtuh
===============================================================================
Gunung berapi
  • tbtk drpd bahan yg ditolak keluar dr lapisan mantel mlalui rekahan tertentu dan dilonggok di permukaan bumi mengikut masa dlm pelbagai bentuk dan saiz

Kws mpy aktiviti gunung berapi
  • Indonesia, Filipina, Jepun, Itali, Amerika Syarikat, New Zealand, Mexico

Gempa bumi
  • gegaran yg dihasilkan secara tiba2 dr dlm bumi akibat drpd arus perolakan magma
  • terjadi di garisan sempadan plat tektonik akibat drpd pergerakan plat secara pertembungan, perselisihan, dan tegangan
  • jg boleh terjadi disbbkan oleh letusan gunung berapi

Tsunami
  • ombak yg terhasil akibat gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi di dasar laut serta hempasan meteor di laut
Fkt mhasil pelbagai btk gunung berapi
  • Jenis lava
    • lava bes mhasilkan gunung berapi yg landai
    • lava asid mhasilkan gunung berapi yg curam
  • Sifat lohong gunung berapi
    • lohong yg mdatar mhasilkan dataran lava apb lava mbeku
    • lohong tengah akan mhasilkan kon
  • Sifat letusan
    • letusan yg senyap dan berterusan mwujudkan kon gunung berapi yg sekata
    • letusan yg kuat mwujudkan kawah yg besar
  • Kesan gondolan
    • hakisan yg berterusan di cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun dan mdedahkan magma

Bmb terhasil akibat aktiviti gung berapi
  • Btk jalar luar – kon gunung berapi, dataran lava, kawah gunung berapi(kaldera), kolam air panas
  • Btk jalar dlm – lakolit, pakolit, batolit, daik

Proses/cara pbtkn bmb akibat aktiviti gunung berapi
  1. Gunung berapi btk kubah
  • terhasil dr lava jenis asid
  • lava jenis ini sgt pekat dan tidak boleh bergerak jauh
  • ia cepat mbeku pd jarak yg dekat mhasilkan gunung btk kubah yg tinggi tetapi curam pd cerunnya
  1. Gunung berapi btk perisai
  • terhasil dr lava jenis bes
  • lava jenis ini bersifat sgt cair dan mampu bergerak jauh
  • ia lambat mbeku dan mhasilkan gunung berapi btk perisai yg rendah tetapi dasarnya sgt lebar
  1. Dataran lava
  • terhasil dr lava yg keluar dr bbrp siri letusan yg perlahan
  • biasanya lava jenis ini jenis bes dan bergerak jauh dan akan mbtk satu dataran yg rata
  1. Batolit
  • hasil dr magma yg mengalami penyejukan dan pembekuan di dlm lapisan kerak bumi secara besar-besaran
  • magma tidak berjaya keluar ke permukaan bumi
  • proses penggondolan lapisan permukaan boleh mdedahkan btk ini lalu mhasilkan bongkah gunung yg besar

Kesan thdp kehidupan manusia
  • kehilangan nyawa
    • terbakar
  • kerosakan/kemusnahan harta benda
    • tanaman, ternakan, petempatan musnah
  • terjejas kesihatan
    • pencemaran udara – masalah pernafasan, sakit mata(pedih), sakit kulit akibat debu, asap

Kepentingan bmb akibat gunung berapi
  • tasik kaldera- aktiviti pelancongan, mpy pemandangan yg cantik menarik pelancong cth Tasik Toba di Indonesia
  • kolam air panas – tempat rekreasi dan pelancongan
  • dataran lava bes – tanah subur sesuai utk aktiviti pertanian
  • kon lava bes – mpy tanah yg subur, sesuai utk ptanian
  • tasik krater – sesuai utk aktiviti perikanan, pelancongan, akuakultur
  • Batolit dan lakolit – perlombongan bahan mineral yg tdpt dlm batuan gunung berapi

============================================================================

Hanyutan benua
  • satu teori iaitu proses pemisahan benua tunggal yg dikenali sebagai Pangea kepada beberapa buah benua yg ada pd masa kini
  • proses ini berlaku berjuta-juta tahun dahulu

Bukti teori hanyutan benua
  1. bukti keselanjaran benua
  • persamaan garis pantai, boleh dicantumkan semula
  • cth pantai timur benua Amerika Selatan dan pantai barat benua Afrika
  1. bukti fosil
  • pnemuan byk fosil haiwan dan tumbuhan yg sama zaman di benua berlainan
  1. bukti kemagnetan purba
  • medan magnet batuan telah berubah dan tidak sama dgn medan magnet bumi yg ke arah Utara
  1. bukti iklim purba
  • proses glasier purba mbuktikan bahawa Afrika dan Amerika Selatan pernah bercantum
  1. bukti lautan
  • lembangan dan dasar laut lebih muda drpd benua

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4