Rabu, November 07, 2018

TNTI:MEMAHAMI KEJADIAN KEMARAU DAN JENIS JENISNYA


Definisi
Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujanatau tiada hujan langsung. Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan pertaniankawasan yang terbabit.
Jenis-jenis kemarau
Kemarau boleh diketegorikan kepada tiga jenis iaitu:· Kemarau Meteorologi: berkaitan dengan hujan jumlah.· Kemarau Hidrologi: ditentukan oleh tahap air di dalam takungan seperti empangan.· Kemarau Pertanian: berkaitan dengan adanya air untuk tanaman.
Kemarau meteorologi
Kemarau meteorologi didefinisikan dengan membandingkan hujan di tempat tertentu danpada masa tertentu dengan purata hujan untuk tempat itu. Oleh itu, kemarau ini adalah khususuntuk lokasi tertentu. Kemarau meteorologi membawa kepada pengurangan kelembapan tanah danini selalunya mempunyai kesan ke atas pengeluaran hasil tanaman.

Apabila kita takrifkan kemarau cara ini, kita hanya mempertimbangkan pengurangan dalam jumlah hujan dan tidak mengambil kira kesan-kesan kekurangan air pada takungan air sepertiempangan, keperluan manusia atau pada pertanian.
Kemarau hidrologi
Kemarau hidrologi dikaitkan dengan kesan kadar hujan yang rendah pada paras air di sungai,kolam, tasik dan akuifer. Kemarau hidrologi biasanya dikenalpasti selepas kemarau meteorologi.Pertama, pemendakan berkurangan dan selepas itu, perkurangan pada paras air di sungai dan tasiktitisan.Kemarau hidrologi menjejaskan sistem yang bergantung pada paras air. Perubahan dalamparas air mempengaruhi ekosistem, kuasa pengeluaran hidroelektrik, dan kegunaan industri danbandar.

Kemarau pertanian.
Kemarau pertanian berlaku apabila sumber air tidak mencukupi untuk tanaman pada suatumasa tertentu. Kemarau ini bergantung tidak hanya dalam pada jumlah hujan, tetapi juga padakadar penggunaan air yang betul. Bayangkan dalam kadar hujan yang rendah, tambahan pula dimana air tidak digunakan dengan berhati-hati untuk pengairan dan tujuan lain. Dalam keadaan ini,kesan kemarau menjadi lebih ketara.Kemarau pertanian biasanya dilihat selepas kemarau meteorologi (apabila hujanberkurangan) tetapi sebelum kemarau hidrologi (apabila paras air di sungai, tasik dan takungan airberkurangan).
Faktor-faktor Kemarau
Yang paling penting berkaitan dengan jumlah wap air di atmosfera kerana ia akan terjadinyapemendakan. Hujan berlaku apabila adanya kelembapan iaitu apabila adanya system tekanan udarayang rendah. Jadi,apabila sesuatu kawasan menjadi panas, dimana system tekanan udara yangtinggi, kawasan tersebut akan menjadi kurang lembap untuk menghasilkan pemendakan. Ini keranasistem tersebut tidak dapat menampung wap air yang banyak.
Faktor Alam Sekitar.
El Nino 2009
Fenomena El Nino 2009 berlaku akibat cuaca panas dan kering berterusan dari April hinggaSeptember 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu bahawa keadaan cuaca panas dengansuhu tertinggi 36 darjah Celsius berikutan musim peralihan monsun. Fenomena El Nino ialahperubahan cuaca panas menyebabkan kemarau teruk.Cuaca panas ini berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas padahari-hari tiada hujan.Sejarah menunjukkan, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjahCelsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena ElNino 1998.

Perubahan Cuaca
Perubahan cuaca juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kemarau. Ini keranaberlakunya perubahan suhu, hujan dan angin mengikut musim. Malaysia terletak di kawasankhatulistiwa. Ini menyebabkan Malaysia mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Malaysia jugamangalami perubahan cuaca kerana tiupan angin monsun mengikut bulan.Malaysia jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsungcahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Apabila berlakunya tiupan angin monsuntimur laut, kawasan di Semenanjung Malaysia terutamanya di pantai timur, mengalami kekuranganhujan kerana dihalang oleh Banjaran Titiwangsa.
Faktor Manusia
Kemarau berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebanganhutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutanuntuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Penebangan hutan.
Dunia yang kini kian maju menyebabkan banyak hutan ditebang bertujuan untukpembangunan. Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak menyebabkan hutan detroka untuktujuan penempatan, perindustrian dan lain-lain.Apabila hutan ditebang atau diteroka, kawasan tersebut menjadi lebih panas kerana floramemberi oksigen dan udara yang sejuk kepada manusia dan dunia. Pokok yang ditebangmenyebabkan oksigen dan udara tidak dapat diberikan kepada manusia dan dunia. Tambahan pula,cuaca yang panas akan menyebabkan berlakunya kemarau yang teruk.
Pembandaran yang terlalu pesat.
Pembandaran yang pesat merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan denganpeningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlakuapabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dantersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan keatmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.Pembangunan yang pesat juga telah menukarkan hutan tropika menjadi hutan batu. Tanahyang diturap menyebabkan kadar penyusupan air berkurangan dan akhirnya mejerumus kepadakemarau.

Pertambahan penduduk yang pesat.
Pertambahan penduduk berkait rapat dengan peningkatan pembandaran. Apabila penduduksemakin bertambah, penduduk akan menggunakan air untuk menguruskan kegiatan harian.Sesetengah penduduk menggunakan air tidak selari dengan penggunaannya. Pengeluaran danpenggunaan air yang berlebihan tidak sejajar dengan kemampuan pengeluarannya.Penduduk juga kian meningkat menggunakan kenderaan.Kenderaan akan mengeluarkanasap kepada alam sekitar.Asap tersebut akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Penipisanlapisan ozon akan menyebabkan cahaya matahari tidak dapat dipantulkan dan akhirnya berlakunyakemarau.

Selain itu, kemudahan seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk mempunyaiKlorofluorokarbon (CFC). Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisanlapisan ozon. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon danmembebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akanmenyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia.
Kesan-kesan Kemarau.
Kesan terhadap alam sekitar
Kebakaran hutan.
Apabila berlakunya kemarau yang teruk, ini akan mengakibatkan berlakunya kebakaranhutan. Kebakaran hutan akan memusnahkan habitat flora dan fauna. Seperti yang kita tahu, floradan fauna hidup di dalam hutan. Apabila kebakaran hutan berlaku, flora dan fauna tiada tempatuntuk menetap dan akhirnya akan mengakibatkan kemusnahan habitat dan akhirnya kepupusanhabitat flora dan fauna. Ia juga akan memusnahkan rantaian makanan.Memusnahkan kepelbagaianbiologi dan spesies hidupan liar yang hidup di dalam hutan.Kebakaran hutan juga secara tidak langsung akan menggalakkan berlakunya jerebu keranaudara sekeliling kering.
Menjejaskan ekosistem akuatik
Ekosistem akuatik seperti tasik, paya dan kolan akan terjejas. Ini kerana saliran tersebut akanmenjadi kering dan akan menjejaskan habitat dan sumber makanan seperti ikan, udang, buaya danlain-lain. Kawasan tanah bencah seperti paya akan musnah kerana kebanyakan tumbuhan mati.



Fenomena penggurunan.
Kemarau akan mengakibatkan kawasan gurun semakin meluas meliputi kawasa pinggirnyayang diliputi hutan. Ini menyebabkan tumbuhan di pinggir gurun akan mati.Tambahan pula, tiupanangin yang kuat akan mempercepat proses penghakisan, pengangkutan dan pemendapan debu-debu gurun ke kawasan pinggir. Contohnya di Gurun Sahel di Afrika.
Menjejaskan sumber-sumber air.
Takungan air terhenti akibat kemarau menyebabkan proses sejatpeluhan terhenti.Kelembapan udara juga akan merosot dan kebarangkalian untuk hujan adalah tipis.
Kesan terhadap manusia.
Aktiviti pertanian terjejas.
Apabila terjadinya kemarau yang teruk, pelbagai sektor akan terjejas. Antara sektor yangpaling ketara ialah sektor pertanian. Semasa kemarau, bekalan air tidak mencukupi. Apabila air tidakmencukupi, pengeluaran hasil tanaman akan merosot. Seperti yang kita tahu, tumbuhan amatmemerlukan air untuk hidup. Apabila air tiada, tumbuhan tidak dapat hidup dan tanaman akanberkurangan. Contohnya di negara-negara seperti Somalia, Ethiopia dan Chad menghasilkan sumbermakanan yang sedikit kerana mengalami musim kemarau yang panjang.
Kebuluran.
Kemarau mengakibatkan kekurangan sumber makanan. Kekurangan sumber makanan akanmenjerumus kepada masalah kelaparan dan kebuluran. Masalah kelaparan dan kebuluranmeningkat terutamanya pada musin kemarau sehingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit jugaboleh merebak akibat kekurangan zat makanan. Contohnya penyakit Kwashiorkor dialami olehkanak-kanak kerana kekurangan zat protein.
Krisis air.
Kemarau berpanjangan menyebabkan krisis air terutamanya di kawasan berpendudukanpadat.Paras air di empangan akan merosot dengan ketara dan menjejaskan bekalan air dan secaratidak langsung bekalan elektrik kepada penduduk. Oleh itu, bekalan air terpaksa dicatu dandibekalkan walaupun tidak berkualiti. Disebabkan ini, tersebarnya penyakit berjangkit sepertipenyakit taun.

Bukti
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersangSebahagian bot penambang Sungai Tembeling tersadai dan beberapa orang penumpang terpaksamenangguhkan perjalanan akibat kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang.Dengan ini, sama-samalah kita berdoa dan bersikap positif dalam menghadapi dugaanmelalui fenomena-fenomena cuaca ini. Allah swt berfirman dalam surah as-
Syuara’ ayat 30 yangbermaksud: ‘Apa
-apa musibah yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh usaha tangan mu
sendiri, dan dimaafkan Allah kebanyakannya’

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4