Rabu, November 07, 2018

TNTI:MEMAHAMI KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAANYA

KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN



Contoh Pencemaran




Contoh Pemuliharaan








      Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai-bagai program nasional dan antarabangsa. Contohnya, Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

     Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan pembangunan yang mantap dan mekanisme ekonomi yang positif dapat dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Kerjasama daripada semua pihak dalam usaha menjaga alam sekitar dapat mencegah berlakunya pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar yang berterusan seperti hakisan tanah serta pencemaran air dan udara.
Jenis-Jenis Pencemaran .


Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku.Tetapi ianya terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-  

 (1) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.


 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi,dilanda ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.

 (2) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia.


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak disengajakan.Antaranya ialah:-


PENCEMARAN UDARA.
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta alam sekeliling.Ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.Hal ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.Selain daripada itu,bahan-bahan seperti habuk,kabus,wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.




Klasifikasi Pencemaran Udara.

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer.
-Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder.
-Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas yang terdapat pada pencemaran udara primer seperti karbon monoksida dan sufur monoksida untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat yang boleh mendatang kemudaratan kepada alam sekeliling.

Jenis-jenis Bahan Pencemar.

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :


• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain
• Floroklorokarbon (CFC).


Jenis-jenis bahan pencemaran :-
  • Karbon Monoksida
  • Nitrogen Dioksida
  • Plumbum
  • Sulfur Dioksida




Antara punca berlakunya :-
  • Asap kenderaan
  • Bahan pencemaran daripada kilang
  • Pembakaran terbuka
  • Penggunaan baja dalam sektor pertanian




Kesan berlakunya :-
  • Penipisan lapisan ozon
  • Hujan asid
  • Pemanasan global




Kesan pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan :-
  • Apabila kita menarik nafas,udara yang tercemar memasuki ke dalam badan dan mengakibatkan sesak nafas dan pandangan menjadi kabur.
  • Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit apabila menyedut.
  • Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.  




Tindakan semasa jerebu :-
  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan(indoor).Jika terpaksa berada di luar,orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut(mask) jenis 3 ply.
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu,gunakan penghawa dingin.Pilih operasi(mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong(sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar. 



Kesan kesihatan akibat jerebu. 
Memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihidapi seperti :-
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik.
  • Asma.
  • Radang paru-paru.
  • Sakit jantung.
  • Sakit tekak.
  • Sakit mata.
  • Batuk
  • Selsema.







Contohnya,gas-gas beracun,zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.



PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. 
Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.


Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. 



KESAN PENCEMARAN AIR


Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.



 Air boleh tercemar melalui :-

  • Pembuangan sampah yang tidak teratur.
  • Sisa pembuangan daripada kilang.
  • Hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa.
  • Tumpahan minyak. 




Kesan daripada pencemaran air iaitu :-

  • Menjejaskan kesihatan.
  • Hidupan laut akan pupus.
  • Keindahan alam sekitar akan terjejas.




Antara penyakit bawaan air yang tercemar :-
  • Hepatisis
  • Cryptos Poridium
  • Cirit Birit

Sumber-sumber pencemaran air ialah :- 
  • Kuprum
  • Zink
  • Plumbum
  • Kalium 



<< Klik di sini untuk melihat video tambahan >>




Pencemaran Tanah/Darat.

Pencemaran tanah/darat adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah lingkungan tanah alami.


Tanah Subur :-
  • Limbah Pabrik
  • Limbah Domestik
  • Tanah Tercemar
  • Limbah Pertanian

Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :-
  • Pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat
  • Penyemburan racun serangga
  • Aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan 

Kesan pencemaran tanah :-
  • Hakisan tanah
  • Membunuh haiwan dibawah tanah
  • Menjejaskan kesihatan
  • Kekurangan tanah subur


Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

(1) Pemeliharaan Alam Sekitar.
  • Perbuatan memelihara,pembelaan dan perawatan.

(2) Pemuliharaan Alam Sekitar.
  •  Proses usaha dan perbuatan memulihara sesuatu.

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
  • Mengelakkan daripada suhu bumi meningkat.
  • Mendapatkan bekalan air bersih yang tidak tercemar.
  • Menghindarkan daripada pemanasan global.
  • Mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna.



Kaedah yang digunakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
  •  Penubuhan Jabatan Alam Sekitar(JAS) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. 
  •  Dasar Alam Sekitar telah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai tempat yang selamat dihuni,bersih dan juga sihat. 
  • Jabatan Alam Sekitar(JAS) berperanan mengadakan kempen mengenai alam sekitar di seluruh Malaysia. 
  •  Kerajaan juga telah mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan undang-undang bersampingan dengan menetapkan supaya penilaian kesan alam sekitar,penilaian awal tapak projek dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan.
  •  Aktiviti-aktiviti berhubung dengan perkilangan dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Kualiti Alam Sekitar sebelum melaksanakan projek.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.

Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran,kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.Langkah-langkahnya yang perlu diambil iaitu :-


  • Tidak boleh membakar sampah dikawasan yang terbuka  
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun daripada kilang-kilang dan kenderaan. 
  •  Membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan.
  •  Mengawal aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan.
  • Memberikan kempen kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Menjalankan kitar semula bahan-bahan buangan. 



Penggunaan tong sampah yang berwarna :-

(1) Tong sampah berwarna biru.
  • Kegunaan : Kertas
  • Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar,majalah,buku,helaian kertas katalog,risalah,kalendar,kad,sampul surat dan kotak kadbod
  • Tidak termasuk kertas tisu,kertas karbon,kertas minyak/aluminium,kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor



(2) Tong sampah berwarna coklat.
  • Kegunaan : Kaca
  • Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan,balang makanan,botol vitamin dan botol kosmetik
  • Tidak termasuk kristal,cermin,cermin tingkap,skrin kenderaan,porselin,seramik,logam,peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik

(3) Tong sampah berwarna jingga.
  • Kegunaan : Tin aluminium,tin keluli dan plastik
  • Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan 
  • Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah,botol minuman,botol air mineral,bekas makanan,botol cecair pencuci dan botol vitamin
  • Tidak termasuk bekas cat,bekas bahan toksik,peralatan makmal dan bekas styrofom

Rujukan .
(1) Buku Pengajian Malaysia Karya Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin Edisi Kelima muka surat 476 - 483
(2) https://www.youtube.com/watch?v=Pzb_YxxwTus
(3) https://www.youtube.com/watch?v=46qCFfwwdHs
(4) https://www.youtube.com/watch?v=U3K70UdHhk4


 Kesimpulan daripada tajuk ini.
Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati bahawa keadaan bumi kita ini semakin uzur dan tua.Kelalaian manusia menyebabkan lapisan ozon bumi kita ini semakin nipis.Manusia yang membuang sampah di merata-rata tempat juga telah menyebabkan alam sekitar menjadi tidak sihat.
Dengan langkah-langkah yang diwujudkan oleh kerajaan,kita dapat membantu bumi kita ini daripada menjadi semakin tercemar.Sebagai penghuni di bumi ini,kita hendaklah menjaga kebersihan dan menghindarkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan bumi kita ini tercemar.

 Pengajaran
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4