Ahad, April 12, 2009

NOTA GEOFIZIK 5:PENCEMARAN SUMBER AIR

: Pencemaran Sumber Air.

Air merupakan satu keperluan asasi manusia. Penggunaan air sentiasa meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dunia. Menjelang tahun 2000 penggunaan air dunia dijangka meningkat antara 2 hingga 3 % setahun. Walaupun 71% daripada permukaan bumi dilitupi air tetapi hanya 3% sahaja jumlah air bersih yang tersedia untuk digunakan oleh manusia, selebihnya dalam bentuk air masin dan air beku. Daripada sejumlah 3% air bersih yang dikongsi oleh semua manusia di dunia ini juga mengalami kadar pencemaran yang semakin meningkat akibat aktiviti manusia itu sendiri. Pencemaran air di dunia kini meliputi semua sumber samada laut, tasik, sungai, air bawah tanah,air hujan dan takungan-takungan yang lain seperti paya (wet land). Sumber-sumber ini tercemar hasil pelbagai faktor manusia seperti;

q Tumpahan minyak samada melalui perlanggaran kapal tangki dan pembuangan enap cemar, pembuangan sisa nuklear,sisa toksid industri yang menjadikan laut sebagai sasarannya.
q Enfluen/ sisa toksid dari sumber-sumber perindustrian yang disalirkan ke dalam sungai dan tasik samada secara sengaja atau tidak sengaja. Bahan-bahan toksid ini akan menyebabkan kualiti air merosot, meningkatnya nilai BOD serta tahap keracunan yang tinggi.

q Penggunaan racun dan baja kimia daripada sumber-sumber pertanian yang mencemari air bawah tanah melalui proses larut resap, air hujan (hujan asid) atau mengalir masuk ketempat takungan air yang lain.

q Sisa-sias kumbahan domestik seperti saliran najis, sisa makanan,sampah sarap terutamanya di kawasan bandar yang menjadikan sungai, tasik,pinggir laut sebagai tempat buangan.

q Tercemar melalui aktiviti pembangunan tanah atau penyahutanan untuk pelbagai tujuan. Misalnya pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian di kawasan hulu sungai. Ini akan menyebabkan keseluruhah sistem sungai tercemar ,sungai menjadi keruh,berkelodak dan berlumpur.

Kesan Pencemaran air.

Di antara kesan pencemaran air terhadap alam sekitar yang boleh dijelaskan ialah kemusnahan ekosistem akuatik iaitu kepelbagaian spesis hidupan air akan diancam kepupusan. Misalnya yang paling ketara ialah kepupusan ikan paus biru. Dalam kes tumpahan minyak ke laut, proses pembauran menyebabkan permukaan laut diselaputi ketulan-ketulan tar minyak . Ini menghalang kemasukan cahaya matahari dan oksigen untuk plankton dan zoo plankton membina makanannya. Apabila plankton musnah, maka pelbagai pengguna ekosistem samudera seperti spesis ikan,udang,sotong,kerang dan lain-lain menghadapi krisis kekurangan makanan yang boleh membawa kepada kematian atau penghijrahan.

Selain itu kemusnahan habitat juga berlaku. Sebagai contoh kawasan terumbu karang. Kawasan terumbu karang dikenalpasti menjadi habitat utama kepada pelbagai spesis haiwan laut. Misalnya dalam satu kawasan terumbu karang sahaja terdapat kira-kira 3000 spesis karang, ikan,siput dan hidupan laut yang lain mendiaminya, kerana ia amat kaya dengan sumber makanan disamping mempunyai suhu yang sederhana. Kemusnahannya bererti menghapuskan sumber makanan dan tempat tinggal haiwan laut berkenaan di samping memusnahkan taman-taman maritim yang menjadi tarikan penting untuk industri pelancongan sesebuah negara.

Kepada manusia, pencemaran air boleh mengurangkan bekalan air bersih. Sebagai contoh pencemaran sungai dan air bawah tanah oleh sektor industri dan domestik menyebabkan kapasiti bekalan air bersih kepada penduduk sesebuah negara turut terjejas. Jika berlanjutan ia mungkin boleh membawa kepada krisis air. Sumber air bawah tanah yang tersimpan di dalam sistem akuifer merupakan bekalan air tetap kepada sungai. Jika air bawah tanah tercemar, sungai juga turut tercemar dan bekalan air kepada manusia juga turut tercemar.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4