Ahad, April 12, 2009

NOTA :KABUS DAN KABUT

Kabus dan KabutApabila proses peluwapan berlaku berhampiran permukaan bumi, fenomena cuaca yang dibentuk ialah [color=red]kabus[/color]. Mengikut kod Pertubuhan Kajicuaca Antarabangsa (World Meteorological Organisation), kabus dan kabut mempunyai perbezaannya. Walaupun kedua-duanya terbentuk oleh proses peluwapan, tetapi kepadatannya berlainan. [color=red]Kabut [/color]adalah lebih padat dan mempunyai saiz titisan air yang lebih besar. Oleh sebab itu, istilah kabut digunakan apabila jarak penglihatan (dengan mata kasar) kurang daripada 1 km. [color=red]Kabus[/color] adalah kurang padat dan mengandungi saiz titisan air yang lebih besar. Oleh sebab itu, istilah kabut digunakan apabila jarak penglihatan (dengan mata kasar) kurang daripada 1 km. Kabus adalah kurang padat dan mengandungi saiz titisan air yang lebih halus. Kabus dikatakan berlaku apabila jarak penglihatan di antara 1 hingga 2 km. Jadual Pengelasan Kabus dan Kabut mengikut jarak penglihatan__________________________________________________________________Fenomena Cuaca Jarak Penglihatan__________________________________________________________________Kabus > 2.0 kmKabus Jarang 1.0 - 2.0 kmKabut Sederhana 0.5 - 1.0 kmKabut Tebal 0.25 - 0.5 kmKabut Padat < 0.25 km

Kedua-dua kabut dan kabus dikatakan terbentuk daripada proses peluwapan yang sama, iaitu satu proses atmosfera yang menukarkan wap (bentuk gas) kepada titisan air (bentuk cecair). Apabila udara panas yang mengandungi banyak lembapan dalam bentuk wap menjadi sejuk (Misalnya, dipengaruhi oleh angin sejuk) dekat dengan permukaan bumi, wap-wap itu akan terpeluwap di atas bahan-bahan pencemaran yang dipanggil nukleus-nukleus citair (seperti silver iodide, garam, debu dan asap). Seterusnya, wap-wap itu akan ditukar menjadi titisan-titisan air yang halus (sperti di dalam awan) yang terampai dan terapung-apung berhampiran dengan permukaan bumi. Sekiranya titisan-titisan air itu banyak (padat) dan besar sehingga jarak penglihatan kurang daripada 1 km, maka terbentuklah kabut. Sebaliknya jika titisan-titisan air amat halus dan tidak begitu padat di mana jarak penglihatan di antara 1 hingga 2 km, maka hanya terbentuk kabus. Jadi, kedua-dua kabut dan kabus adalah hasil proses-proses atmosfera yang sama.Kabus dan kabut berbeza dengan awan sebab kedua-duanya terbentuk dekat dengan permukaan bumi, manakala awan terbentuk di lapisan-lapisan udara yang lebih tinggi. Pembentukan kabus dan kabut tidak melibatkan gerakan udara panas secara tegak (penyejukan adiabatik), tetapi melibatkan proses-proses kehilangan bahang bumi, pengaliran udara mendatar, dan percampuran udara panas dan udara sejuk secara mendatar (misalnya di perenggan). Berdasarkan cara-cara yang menggalakkan peluwapan berlaku, kabut dan kabus dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
Jadual : Jenis kabut mengikut asal kejadian__________________________________________________________________Jenis Kabut Asal Kejadian__________________________________________________________________Kabut Alirlintang Dibentuk oleh pengaliran udara panas di atas permukaan yang sejuk.Kabut Bahangan Dibentuk pada lewat waktu malam dan awal pagi apabila bahangan gelombang panjang (Bahangan Bumi) dilepaskan ke angkasa. Hal ini menyebabkan permukaan bumi menjadi sejuk lalu menyebabkan pemeluwapan berlaku.Kabut Perenggan Dibentuk apabila sesuatu jisim udara panas bertembung dengan sesuatu jisim udara sejuk. Pergaulan udara sejuk dan panas akan menyebabkan sebahagian lembapan meluwap lalu menjadi kabut.Kabut Wap Dibentuk apabila sesuatu jisim udara sejuk mengalir di atas sesuatu permukaan panas seperti gurun, permukaan bandar atau arus lautan panas.Kabut Bukit Dibentuk apabila angin meniupkan awan stratus yang rendah ke puncak atau lereng bukit. Ia juga boleh dibentuk apabila pemeluwapan melampau berlaku di lereng atau serun bukit pada awal pagi atau malam. Kabut bukit banyak juga berlaku di kawasan pergunungan yang tinggi di mana suhu udara adalah sentiasa rendah sehingga takat suhu mengembun. Keadaan begini sangat mengalakkan pembentukan kabut bukit.
Pada waktu malam, bumi akan memancar keluar bahang gelombang panjang ke angkasa lepas. Sekiranya malam itu adalah terang, udara tenang dan tiada perlindungan awan, maka banyak bahangan bumi akan terus hilang ke angkasa lepas dan permukaan bumi menjadi sejuk dengan pesatnya. Akibat itu, apabila udara lembap menyentuh permukaan bumi yang sejuk itu, wap-wap yang terkandung dalamnya akan terpeluwap menjadi titisan-titisan air. Seterusnya ini akan menghasilkan kabut dan kabus bahang (bergantung kepada kepadatan dan saiz titisan air). Kabut bahang sering berlaku di lembah pergunungan di mana olak suhu sentiasa terjadi dan juga di kawasan bandar di mana nukleus citair banyak terdapat di dalam udaranya yang tercemar.
2-Jenis kabut alirlintang[/color] terbentuk apabila kumpulan udara yang panas dan banyak mengandungi lembapan (misalnya bertiup dari laut) menyentuh atau bergerak di atas permukaan yang sejuk (laut atau daratan). Seterusnya udara panas akan terpeluwap menjadi kabut alirlintang. Misalnya, apabila udara panas dari Arus Telukan mengalir di atas laut sejuk di sekitar Tebing Besar di Newfoundland, maka terbentuklah kabut alirlintang.[color=red]3-Kejadian kabut wap[/color] bertentangan dengan kejadian kabut alirlintang. Kabut wap berlaku apabila kumpulan udara sejuk mengalir di atas sesuatu kawasan yang lebih panas. Permukaan panas yang mengandungi wap-wap akan terpeluwap menjadi kabut wap. Kabut wap sering berlaku di kawasan pinggir pantai yang beriklim Gurun atau Separuh Gurun yang di bawah pengaruh arus sejuk. Misalnya, Arus Sejuk California yang membawa udara sejuk ke pinggir Gurun Arizona boleh menyebabkan kejadian kabus wap.
4-Kabut bukit[/color] berlaku di puncak-puncak atau lereng-lereng bukit yang tinggi (misalnya di Genting Highlands dan Tanah Tinggi Cameron di Malaysia). Sebenarnya, jenis kabut bukit ini merupakan sejenis awan stratus yang rendah. Ia terjadi akibat peluwapan wap-wap daripada sumbangan proses sejatan dan perpeluhan (hutan tebal di kawasan bukit).[color=red]5-Perenggan[/color] ialah satu kawasan sempadan di mana kumpulan udara panas tropika bertemu dengan kumpulan udara sejuk kutub (misalnya perenggan kutub dan perenggar artik). Pertemuan udara panas dan sejuk akan menyebabkan udara panas naik ke atas dan udara sejuk tenggelam. Kemudian udara panas akan menyejuk dan peluwapan menghasilkan kabut perenggan. Kabut ini selalunya tidak kekal lama sebab kejadian perenggan dikatikan dengan siklon sederhana yang mempunyai turbulens atau tiupan angin kencang.

Fenomena yang paling ketara yang dicatatkan dalam rekod-rekod cuaca ialah pengurangan jarak penglihatan di bandar-bandar besar akibat daripada pembentukan kabus. Apabila bandar-bandar semakin membesar dan perusahaan semakin bertambah, maka jumlah hari dalam setahun di mana terdapat kabus juga bertambah. Howard (1883) mula-mula memperkenalkan istilah "kabus bandar". Pemerhatian-pemerhatian beliau tentang pembentukan kabus di London adalah seperti berikut:Januari 16, 1826 "pada pukul 1 petang semalam, kabus dalam London menjadi sangat tebal dan lampu-lampu dan lilin-lilin terpaksa dinyalakan di semua kedai-kedai dan pejabat. Kenderaan-kenderaan dalam jalanraya juga terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan. Pada masa yang sama, 5 batu dari pusat bandar, atmosfera di sana pula adalah bersih dan terang dengan sinaran matahari.Kemudian selepas 4 generasi, dalam Disember 5 - 9, 1952, telah dilaporkan bahawa di pusat bandar London, terdapat kabus selama 114 jam. Untuk 48 jam, ianya adalah sangat padat dan tebal, di mana jarak penglihatan cuma 30 kaki. Bahan-bahan particulate table diukur dan terdapat 4.5 milligram/cubic meter. Ini adalah l0 kali lebih daripada nilai yang terdapat pada bulan dulu yang tidak ada kabus. Sulfur dioksid pula diukur dan nilainya adalah 7 kali lebih daripada biasa. Kematian meningkat daripada 250 kepada 900 sehari. Seramai 4000 orang mati disebabkan oleh kabus itu. Bandar besar lain yang terpengaruh oleh kabus buruk ialah Paris dalam tahun-tahun 1930 an.
Fenomena yang paling ketara yang dicatatkan dalam rekod-rekod cuaca ialah pengurangan jarak penglihatan di bandar-bandar besar akibat daripada Peristiwa ni berlaku sbb byk kandungan sulfur dlm udara ke masa tu? kalau ikutkan kabus nih baguslah sbb bertindak menyejukkan permukaan bumi..tapi akibat tindakan manusia, ia boleh berubah jadi malapetaka

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4