Ahad, April 12, 2009

NOTA :WAP AIR

Wap air


Wap air ialah gas yang terjadi daripada proses pemeluwapan air (H2O). Wap air merupakan salah satu fasa air dalam kitaran air. Ia boleh dihasilkan dari penyejatan air atau pemejalwapan ais. Dalam keadaan atmosfera biasa, wap air sentiasa menyejat dan memeluwap. Wap air di alam boleh berupa awan atau kabus.
Wap air mempunyai potensi kekuatan yang luar biasa, yang boleh digunakan untuk menggerakkan turbin elektrik, kereta wap atau mesin wap
Nota makna 1
Gas merupakan salah satu daripada empat 'bentuk keadaan' (phases of matter) utama. Seperti cecair, gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan boleh mengalir. Tetapi, gas juga tidak mempunyai isipadu yang tetap, ia boleh berubah mengikut bentuk bekas. Tenaga kinetik gas merupakan yang kedua terbesar untuk semua 'bentuk keadaan' (selepas plasma). Oleh sebab itu, atom-atom dan molekul-molekul gas sentiasa berlanggar antara satu sama lain, lebih besar tenaganya, lebih kerap perlanggaran itu.
Walaupun kandungan tenaga bagi gas adalah yang paling tinggi, namun daya tarikan antara zarah sangat lemah sehingga boleh diabaikan.
Zarah-zarah bagi gas tidak tersusun langsung dan ia bergerak secara rawak dengan cepat. Didapati jarak antara satu zarah dengan zarah yang lain adalah sangat jauh sehingga wujud banyak ruang-ruang kosong wujud antara zarah.
Nota makna 2
Pemeluwapan ataupun kondensasi ialah proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan gas kepada keadaan cecair apabila gas itu disejukkan atau dimampatkan. Ia merupakan proses yang berlawan bagi penyejatan.
Apabila disejukkan, tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan. Zarah-zarah gas bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi, zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair.
Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan haba. Contoh terbaik ialah air yang dapat dilihat di luar gelas sejuk pada hari yang panas.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4