Selasa, Oktober 30, 2018

TNTI:SAMBUNGAN MEMAHAMI HUTAN DI MALAYSIA


Terdapat 4 jenis hutan di Malaysia iaitu :

  • Hutan Hujan Tropika
  • Hutan Paya - Hutan Paya Air Masin dan Hutan Paya Air Tawar
  • Hutan Gunung
  • Hutan Pantai
Hutan Hujan Tropika (Hutan Hujan Khatulistiwa)
Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia

Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia 

Pengenalan

Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas diMalaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan diSemenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak.Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidakmelebihi 1000 meter.
Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah:
  • Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
  • Hutan malar hijau
  • Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
  • Tumbuh-tumbuhan bawah jarang



Hutan Khatulistiwa biasanya tumbuh berlapis-lapis, iaitu:


PROFIL HUTAN HUJAN TROPIKA

      Rajah Profil Hutan Hujan Tropika 

Lapisan Emergen 
* Dikenali juga sebagai lapisan renjong
* Ketingian melebihi 40 meter ke atas
* Pokok yang lurus dan malar hijau

Lapisan Kanopi
*Lapisan berbentuk khemah seolah-olah kanopi
* Ketinggian antara 20 hingga 40 meter
* terdapat tumbuhan tumpang di sini iaitu :

Epifit - Langsuyar & Tanduk Rusa
Parasit - Rafflesia
Saprofit - Cendawan
Liana - tumbuhan memanjat seperti orkid dan pokok duit-duit

Hutan Hujan Tropika Berakar Banir

Hutan Hujan Tropika berbatang lurus, lantai hutan kurang padat kerana cahaya matahari kurang sampai ke lantai hutan akibat lapisan kanopi pokok
Refflesia

Pokok Tanduk Rusa


Fauna yang terdapat di Hutan Hujan Tropika Mengikut Lapisan:


Pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia mengikut lapisan dalam hutan hujan tropika.


Kepentingan Hutan Hujan Tropika
  • Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti,seraya dan keruing.
  • Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
  • Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
  • Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang,Lembah Belum dan lain-lain.
  • Kawasan tadahan hujan.
  • Menyejukkan dan menyamankan udara.
  • Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen.

HUTAN PAYA BAKAU - HUTAN PAYA AIR MASIN DAN HUTAN PAYA AIR TAWAR
Terdapat dua jenis hutan paya iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar


a) Hutan Air Masin
Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur, terlindung dan ditenggelami air semasa air pasang.
Hutan paya air masin banyak terdapat di:
a) sekitar muara sungai Perak
b) sekitar muara Sungai Bernam, Selangor
c) muara sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak
d) kawasan pantai timur Sabah
Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung .

Pokok-pokok yang terdapat di Hutan Paya Air Masin


Ciri-ciri pokok bakau ialah:

  • Akar ceracak @ akar udara untuk pernafasan (menyerap oksigen daripada udara walaupun pokok separa tenggelam). Contoh: Pokok bakau api-api dan perepat.
  • Akar jangkang menyokong pokok daripada tumbang. Contoh: Pokok bakau kurap dan bakau minyak.
  • Daunnya bersaiz kecil, berkilat, lebar, tebal dan liat
  • Malar hijau
  • Batang pokok mempunyai banyak cabang


Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin


 Rajah Profil Hutan Paya Bakau
Hutan Paya Bakau

Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan belacak, ketam uca, kerang, memerang, burung bangau, ular, monyet dan spesies burung seperti burung merak, burung botak dan burung upih.

b) Hutan Paya Air Tawar


  • Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
  • Pokok yang tumbuh biasanya tinggi
  • Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita
  • Terdiri daripada pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.
  • Hidupan air yang terdapat di sini ikan, udang galah, ular, biawak, katak
  • Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti: Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)
  • Dijumpai di sekitar Dataran Johor (Johor), sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang), Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)


Ciri-ciri tumbuhan semula jadi:

  • Jenis pokok berkayu keras
  • Tumbuh bercampur aduk
  • Batang pokok besar, lurus dan tinggi
  • Mempunyai tiga lapisan nyata iaitu lapisan kanopi (silara), lapisan tengah dan lapisan pokok renek.
  • Akar udara (pokok bintangor) dan akar pneumatofor (knee) (pokok perupuk) membantu pokok menyerap oksigen daripada udara
  • Akar jangkang (pokok kelat dan merbulan) dan akar banir (meranti) untuk menyokong pokok daripada tumbang di kawasan menakung air
 Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar (Atlas Oxford Fajar Bakti)
 Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar (Atlas Oxford Fajar Bakti)
Hutan Paya Air Tawar


Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan, udang air tawar, monyet proboscis, enggang, cicak paya, buaya, biawak, monyet dan burung bangau.



Kepentingan Hutan Paya Bakau
  • Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. 
  • mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. 
  • tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang.
  • dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. .
  • Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit
  • keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. 
HUTAN GUNUNG

Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit. 
Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi.
Rajah Profil Hutan Gunung (Atlas Oxford Fajar Bakti)
Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :
  • Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar) 
  • Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron) 
  • Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera) 
  • Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut) 
Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
  • Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
  • Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga) 


Lokasi:
Banyak terdapat di Gunung Kinabalu (Sabah), Banjaran Crocker , Banjaran Titiwangsa, Pergunungan Iran, Banjaran Tama Abu, Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang)  dan Gunung Jerai (Kedah).

HUTAN PANTAI



Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
Terdapat pelbagai jenis hutan yang berada di kawasan ini seperti hutan paya laut atau hutan bakau, hutan paya gambut, hutan tepian sungai, dan hutan pantai.
Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun. 
Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di: 
  • Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), 
  • Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
  • Pantai Desaru (Johor) 
  • Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang) 
  • Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak) 
  • Pantai Pulau Sipadan (Sabah)

Ciri-ciri utama tumbuhan hutan pantai ialah:
a) Pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza-beza
b) Mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar
c) Daun berbentuk silinder seperti pokok ru
d) Batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok ru
e) Kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok ru, kelat jambu laut dan pokok dungun
f) Akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok tapak kuda
g) Tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut
Rajah Profil Hutan Pantai
Antara hidupan liar yang terdapat di hutan pantai ialah kera, ular, biawak, tupai, burung dan serangga.
Kepentingan Hutan Pantai
  • Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api. 
  • Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul. 
  • Kawasan rekreasi dan pelancongan

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4