Selasa, Oktober 09, 2018

TNTI:MEMAHAMI APA ITU SERAKAN RAYLEIGH

Serakan Rayleigh


Serakan Rayleigh menyebabkan langit berwarna biru pada waktu siang dan kemerahan pada waktu fajar atau senja.
Serakan Rayleigh (Inggeris: Rayleigh scattering) ialah penyelerakkan elastik cahaya atau gelombang elektromagnet yang lain. Ia disebabkan oleh partikel-partikel yang bersaiz kurang daripada 1/10 panjang gelombang elektromagnet itu. Serakan Rayleigh dinamakan sempena nama ahli fizik British, Lord Rayleigh.[1]
Kesan serakan Rayleigh boleh dilihat dalam pepejal dan cecair. Namun, kesannya paling ketara dalam gas. Partikel-partikel yang terlibat di dalam serakan Rayleigh boleh jadi atom-atom atau molekul-molekul tertentu.
Kesan serakan Rayleigh lebih jelas pada waktu matahari terbenam. Gambar ini diambil sejam selepas matahari terbenam pada altitud 500m, dan melihat ke arah tempat matahari telah terbenam.
Serakan Rayleigh menyebabkan langit kelihatan berwarna biru dan matahari kelihatan berwarna kuning. Penyerakkan cahaya melalui partikel yang sama saiz atau lebih besar daripada panjang gelombang cahaya dikira dengan teori Mie. Serakan Rayleigh hanya boleh digunakan pada partikel yang lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya, dan mempunyai indeks pembiasan hampir kepada 1.


Sebab warna langit biru

Sebahagian daripada cahaya matahari dari matahari diserakkan oleh molekul-molekul dan zarah-zarah lain di atmosfera. Seperti yang telah diterangkan, cahaya dengan panjang gelombang yang lebih pendek (biru dan lembayung) akan diserakkan lebih banyak daripada cahaya dengan panjang gelombang yang lebih panjang (merah dan kuning). Warna akhir yang terbentuk, yang kelihatan seperti warna biru pudar, sebenarnya adalah gabungan semua warna yang telah diserakkan, dan kebanyakkannya adalah biru dan hijau. Meskipun warna lembayung mempunyai gelombang yang paling panjang dan paling banyak diserakkan, ia merupakan bahagian kecil di dalam spektrum suria dan tidak dapat dikesan dengan baik oleh mata manusia. Sebaliknya, sekiranya kita melihat ke arah matahari, warna-warna yang tidak diserakkan seperti merah dan kuning akan kelihatan dengan jelas, memberikan matahari warna kekuningan. Jika dilihat dari angkasa lepas, langit berwarna hitam dan matahari berwarna putih.
Kemerahan cahaya matahari kelihatan paling jelas apabila matahari berhampiran dengan ufuk. Jumlah udara yang perlu dilalui cahaya bertambah apabila matahari berada di ufuk, jadi cahaya dengan gelombang yang lebih pendek akan diserakkan lebih awal, meninggalkan cahaya dengan gelombang yang lebih panjang. Ini menyebabkan langit kelihatan berwarna jingga.
Serakan Rayleigh berlaku disebabkan interaksi cahaya dengan molekul udara. Jika dilihat dari sudut pandangan makroskopik, langit biru datangnya daripada ketidaksamarataan kepadatan udara yang kecil yang disebabkan oleh pergerakan rawak molekul-molekul udara. Kawasan dengan tekanan yang lebih tinggi atau kurang akan mempunyai indeks pembiasan yang berbeza berbanding medium sekeliling, dan menjadikannya seperti zarah dengan jangka hayat pendek yang boleh menyerakkan cahaya ke arah rawak. Kawasan kecil mempunyai ketidaksamarataan lebih banyak berbanding kawasan besar, dan kerana gelombang yang pendek diganggu lebih banyak daripada gelombang yang panjang, ia aka diserakkan lebih banyak.
Sebahagian daripada serakan ini boleh juga berlaku disebabkan kehadiran zarah-zarah sulfat. Bertahun-tahun selepas letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 AD, langit kelihatan lebih biru kerana kemunculan banyak sulfat di lapisan stratosfera.
Di kawasan-kawasan dengan pencemaran cahaya yang rendah, langit malam yang diterangi bulan juga berwarna biru. Ini kerana bulan memantulkan cahaya matahari dengan suhu warna yang rendah sedikit disebabkan warna bulan yang agak perang. Namun, langit malam yang diterangi bulan tidak dianggap sebagai berwarna biru kerana di dalam keadaan kurang cahaya, pandangan manusia kebanyakannya datang daripada sel rod yang tidak menghasilkan persepsi warna.

RAMALAN GEO U2 2023 SIRI 4